<b>SARAWAK</b> BUMI KENYALANG: <b>Makanan</b> Tradisi <b>Sarawak</b> - Blog Makanan di Sarawak |
- <b>SARAWAK</b> BUMI KENYALANG: <b>Makanan</b> Tradisi <b>Sarawak</b>
- Apa itu Nasi Pulut "Kelupis" ? - MsDjp | The Best Weblog at <b>Sarawak</b> <b>...</b>
- 1. laksa sarawak - <b>Makanan Tradisional Di Sarawak</b> - Blogger
- Terung Asam <b>Sarawak</b> berpotensi tinggi untuk dikomersialkan: Jabu <b>...</b>
<b>SARAWAK</b> BUMI KENYALANG: <b>Makanan</b> Tradisi <b>Sarawak</b> Posted: 28 Dec 2013 03:09 AM PST Assalamualaikum.... Sarawak adalah salah satu daripada 2 negeri di Pulau Borneo Malaysia..Dikenali sebagai Bumi Kenyalang.Sarawak juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan & mungkin di tempat kita tidak terdapat makanan tersebut..Kalau pergi Sarawak wajib cuba makanan ini..Mana tempat pun kita pergi dekat Kuching itu mesti jumpa Mee Sapi / Mee Kolok , Laksa Sarawak,Mee Kuching,Kueh Teow Tomato,Manuk Pansuh,Tebaloi,Umai & Ayam Penyet. Banyak lagi sebenarnya. Ini adalah Laksa Sarawak..Laksa merupakan makanan kegemaran masyarakat Malaysia terutama masyarakat Cina.Laksa Sarawak walaupun kuahnya nampak seperti kari ,tetapi sebenarnya bukanlah seperti rasa mee kari..Laksa Sarawak rasa lemak,& dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik,tauge rebus separuh masak,udang rebus,hirisan telur dadar & beberapa bahan lain...Laksa Sarawak dihidangkan bersama sambal belacan & limau kasturi... LAKSA SARAWAK....
Ok... Inilah Mee Kolok..Mee Kolok asalnya bukanlah makanan asal bumiputera Sarawak..Mee Kolok adalah makanan yang dibawa oleh masyarakat Cina yang berhijrah ke Sarawak.. Bezanya Mee Kolok dengan Mee Sapi adalah jenis mee itu..Mee Kolok ini menggunakan mee sanggul & dihidangkan bersama sup & kicap...Bagi yang baru pertama kali merasai Mee Kolok ini,sudah tentu anda merasakan ianya istimewa & sedap kerana penggunaan mee sanggul serta dicampur dengan hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu ini sememangnya menyelerakan....Terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada Mee Kolok iaitu Mee Kolok(Melayu),Kampua(Cina),Mee Rangkai & Mee Kering(Iban)... Ini adalah Kek Lapis Sarawak.Kek Lapis Sarawak merupakan kek atau kuih yang paling popular di Sarawak..Dahulunya pembuatan kek lapis hanyalah hobi di kalangan wanita di Sarawak khasnya wanita Melayu ketika menyediakan juadah terutama menjelang Aidilfitri...Kek Lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di Sarawak seperti Hari Raya,Krismas,Gawai Dayak & tidak ketinggalan juga Tahun Baru..Kelebihan kek lapis Sarawak ialah motif & coraknya yang unik serta digabungkan dengan keenakan rasa,disamping teksturnya yang lembap..... Inilah Manuk Pansuh...Manuk Pansuh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh..Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban...Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di Semenanjung...'Manuk' bermaksud ayam & 'Pansuh' bermaksud dimasak dalam buluh.. Ok...Inilah Umai..Umai merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau..Umai juga dikenali sebagai ''Sushi Sarawak'' kerana disediakan daripada ikan mentah.Ikan mentah dibersihkan & diambil isinya & diperap bersama limau & bawang merah..Umai yang paling biasa dijumpai ialah Umai Ikan...Umai lebih sedap dihidangkan setelah dikeluarkan dari peti sejuk.... Kelupis adalah sejenis kuih tradisional di Sarawak,Sabah dan Brunei..Kelupis merupakan hidangan istimewa yang sedap dihidang panas dan mudah didapati dari pasar tamu...Kelupis dibuat dari beras pulut dan santan yang dibungkus dalam daun Nyirik...Kelupis kemudiannya direbus dalam santan...Kelupis boleh dihidang bersama kari ayam atau daging,rendang,sambal dan banyak lagi.... Ulat Mulong adalah larva kumbang yang bersarang di dalam batang pokok rumbia yang sudah reput... Ulat Mulong terutama yang gemuk boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan samada digoreng bersama kicap,disalai,dibuat sup atau dijadikan sate.... Ambuyat adalah sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit...Ambuyat juga adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji....Ia juga dikenali sebagai Linut....Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil Chandas,dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos..... Tebaloi ialah sejenis biskut sagu yang merupakan makanan tradisional masyarakat Melanau.Bahan utama Tebaloi ialah sagu...Makanan ini banyak dieksport ke luar negara & merupakan sejenis makanan tradisional Sarawak yang mempunyai permintaan yang tinggi... Inilah Mee Kuching...Mee Kuching ini popular di kalangan masyarakat Sarawak tetapi tidaklah sepopular Laksa Sarawak & Mee Kolok...Mee ini senang didapati di kedai makanan Cina,restoran & medan selera di pusat beli belah di Sarawak...Mee Kuching juga dikenali sebagai Mee Dawai kerana mee ini keras & rangup semasa dihidangkan... Makanan di Sarawak sangat unik & sukar untuk didapati ..Makanan Sarawak melambangkan kebudayaan orang Sarawak & melambangkan negeri tersebut serta cara pemakanan orang Sarawak...Makanan -makanan di Sarawak sangat istimewa sehingga boleh menarik pelancong dari luar negara & dalam negara untuk menikmatinya... |
Apa itu Nasi Pulut "Kelupis" ? - MsDjp | The Best Weblog at <b>Sarawak</b> <b>...</b> Posted: 10 Jan 2014 08:54 PM PST "Kelupis" (dalam bahasa iban) - adalah sejenis makanan tradisional kaum dayak di sarawak termasuk kaum iban. Ia di perbuat daripada nasi pulut yg di perisakan dengan santan atau berintikan sambal udang/ikan bilis atau serunding di dalam nya mengikut selera masing-masing. Kelupis ini di bungkus dengan sejenis daun khas yang boleh di perolehi dari hutan iaitu "daun irik" (dlm bahasa iban) Tapi jgn keliru, kerana daun irik ini hampir menyerupai daun kunyit. Silap2 nasi kelupis anda berbau kunyit pula. Kelupis ini biasanya kerap di hidangkan semasa ada perayaan tertentu seperti meraikan hari jadi atau hari perkahwinan, upacara miring atau kematian juga untuk kenduri doa selamat sambil di hidangkan bersama kopi o panas atau teh tarik. Kelupis ini boleh di ibarat 'pengerat silaturahim' sesama sendiri terutama bg kaum wanita kerana memerlukan agak ramai tenaga untuk membuatnya jika di perkukan dalam kuantiti yg banyak. Proses membuatnya juga agak rumit dan memerlukan kecekapan yg tinggi. Sila sebutkan nama mknan ini dlm bahasa ibunda anda.. #MizzDjpmengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | liputan media |
1. laksa sarawak - <b>Makanan Tradisional Di Sarawak</b> - Blogger Posted: 26 Dec 2013 07:34 AM PST |
Terung Asam <b>Sarawak</b> berpotensi tinggi untuk dikomersialkan: Jabu <b>...</b> Posted: 29 Nov 2013 11:50 AM PST KUCHING: Produk Terung Asam Sarawak dilihat berpotensi tinggi untuk dikomersialkan dalam pasaran tempatan dan luar negara. Melihat kepada potensi ini, Menteri Pemodenan Pertanian Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang mahu penyelidikan ke atas tanaman itu diperluaskan dengan tidak tertumpu kepada khasiat buahnya sahaja. Ini kerana, menurut Jabu, sama seperti tanaman lain, terung asam juga boleh dibangunkan kepada pelbagai jenis produk nilai tambah lain bermula dari daunnya, batang, buah termasuk akarnya. "Terung Asam Sarawak telah diberikan pensijilan Geographical Indications (GI) daripada Pertubuhan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan atas sebab itu, maka kita harus memanfaatkan sebaik-baiknya tanaman ini. "Bagi menyokong pembangunan produk terung asam, kerajaan menerusi Jabatan Pertanian Sarawak akan membantu dari segi pemasaran bagi menggalakkan tanaman ini dalam kalangan pekebun kita," katanya. Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Produk Terung Asam Sarawak sempena Aktiviti Fokus Utama (KFA) 2/2013 di sini, semalam. Turut hadir Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) Datuk Sylvester Entri Muran, Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) Datuk Mong Dagang, Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian Datu Dr Ngenang Janggu serta Pengarah Pertanian Lai Kui Fong. Dalam usaha memperluaskan pasaran produk Terung Asam Sarawak, Jabu berkata kerajaan menerusi Jabatan Pertanian akan memperhebatkan promosi ke atas produk-produk tersebut di peringkat tempatan dan antarabangsa. Antara usaha yang akan dilaksanakan ialah mempromosikan produk Terung Asam Sarawak menerusi rombongan-rombongan ke Semenanjung Malaysia dan negara-negara lain serta mewujudkan pasar khas untuk menjual produk terung asam serta produk-produk keluaran Sarawak yang lain. Terung asam, menurut Jabu, merupakan tanaman penduduk luar bandar khasnya masyarakat Bidayuh dan Iban dan diterima oleh masyarakat bandar sebagai produk komersial yang mana kemudiannya diproses menjadi produk-produk nilai tambah yang lain. Sama seperti makanan tempatan popular Sarawak lain, terung asam turut mempunyai nilai yang tinggi sebagai bahan masakan tradisional dan kuih-muih berperisa terung asam yang ditambah nilai mengikut cita rasa pengguna, katanya. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from makanan tradisional di sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment