Friday, 17 January 2014

mata hati: Makanan tradisional sarawak :) - Blog Makanan di Sarawak

mata hati: <b>Makanan tradisional sarawak</b> :) - Blog Makanan di Sarawak


mata hati: <b>Makanan tradisional sarawak</b> :)

Posted: 25 Jan 2012 02:55 AM PST

Umai

- umai antara makanan tradisional sarawak dan bagi kaum melanau.Saya dan family sukakannya ^^. Makanan yang berasaskan udang mentah atau ikan mentah yang digaul dengan bahan2 tertentu.
nak buat pun mudah je. korang boleh la cuba sekali.
bahan2 : cili, bawang besar, limau kasturi, sedikit garam. dan digaul dengan udang atau ikan(ikan kembung masin best) yang telah dihiris kecik2. dan siap! :) memang sedap lah. Tapi kawan2 kat sini macam terkejut sebab  makan mentah je, tapi sebenarnya limau tu boleh buat ikan atau udang tu 'masak'..

Banyak lagi makanan yang menarik kat sarawak. Antaranya :


Ni buah Dabai. info : Buah ini akan direndam di dalam air panas untuk melembutkan isinya dan di dalam buah dabai ini, terdapat bijinya yang keras. Isinya berwarna kuning dan bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga. Isi dalam biji nya boleh dimakan juga.










Ni buah tebulus atau Engkala.
Info : buah akan direndam di dalam air suam atau air panas untuk melembutkannya. Biasanya, buah ini akan dimakan dengan mencampurkannya dengan garam.

Ni pun makanan masyarakat melanau iaitu Linut. Info : Linut merupakan campuran tepung kanji dengan air panas dan ia biasanya akan disaji dengan sambal belacan. Linut akan dimakan ketika ia masih panas dan kurang sedap ketika sudah sejuk. Rupa linut adalah seperti gam dan rasanya agak manis dikatakan mampu mengurangkan suhu badan orang yang demam.

Dan satu lagi. kalau nasi yang tak habis dimakan, kalau sayang nak buang. Boleh la buat sebagai makanan ringan :) xsilap namanya panggil kertep. tak ingat lak T_T maaf2.. Mula2, jemur nasi tuh sampai keras selama beberapa hari. Kemudian goreng dengan sedikit minyak masak. Dan akhir sekali boleh la dicampur dengan gula atau makan begitu je ^^. Tak la membazir je kan. 

p/s : kalau berkunjung ke sarawak, boleh la mencuba makanan2 di atas, atau buat sendiri pun boleh. try it and u will love it !

No comments:

Post a Comment