12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Google Blog Search - Blog Makanan di Sarawak |
- 12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Google Blog Search
- Blog Makanan <b>di</b> Putrajaya: 12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya <b>...</b>
- Blog <b>Makanan di Sarawak</b>: Jom Makan Kepala Ayam! | www <b>...</b>
- Kopi Lekat | Perkongsian Manfaat: <b>Makanan Pelik</b> Eksotik Dari Asia
- Blog <b>Makanan di</b> Kuala Lumpur: Halaman Gambar Menarik, <b>Pelik</b> <b>...</b>
12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Google Blog Search Posted: 17 Jan 2014 11:04 PM PST Dunia dikejutkan apabila tersebarnya berita menerusi internet dan email yang mengatakan sesetengah orang China sanggup memakan bayi. Memetik laporan The Seoul Times, mereka mengesahkan berita tersebut merupakan fakta apabila menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan embrio dan janin bayi dijadikan sup sebagai hidangan kepada manusia. Wilayah selatan Canton, Guangdong menjadi fokus utama apabila penduduk di sana menikmati sup herba bayi atas alasan ingin meningkatkan tahap kesihatan serta bertenaga sewaktu mengadakan hubungan seks. Kali ini, sepasang suami isteri yang telah mempunyai dua orang anak gadis sanggup untuk menggugurkan kandungan berusia 5 bulan kerana mengetahui kandungan kali ketiga itu juga adalah perempuan. Menurut sumber, bayi yang hampir dilahirkan dan mati secara semula jadi mencecah ¥2000. Manakala janin yang digugurkan pula berharga ratusan Yuan. Menurut wartawan tempatan, isu tersebut semakin serius apabila penduduk China amat mementingkan kesihatan serta pengaktifan polisi seorang anak dalam sebuah keluarga. Bukan itu sahaja, The Next Magazine, sebuah majalah mingguan terbitan Hong Kong mendedahkan, janin dianggap satu makanan tambahan kesihatan dan kecantikan terbaru di China. Tambah mengejutkan apabila sumber memberitahu anggota badan manusia juga boleh dibeli di hospital. Dalam temubual The Next Magazine dengan salah seorang ahli perniagaan Taiwan, Ms Liu, tujuan dia mengambil 'makanan' tersebut kerana atas kesedaran untuk meningkatkan tahap kualiti kesihatannya. Tambah Liu, walaupun janin manusia mampu dibeli oleh ramai orang, namun, masih ada senarai menunggu 'waiting list' yang demi mendapatkan janin yang berkualiti.Menurutnya lagi, janin yang berkualiti adalah janin yang lebih matang serta janin bayi lelaki dimana ia disifatkan sebagai 'prime human part'. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa kes penyeludupan bayi di China yang berkemungkinan besar dijadikan sebagai sumber makanan kesihatan kepada mereka. Pihak polis juga pernah menjumpai mayat bayi di dalam sebuah tong sampah yang mengandungi dua badan, empat tangan, dan enam kaki. Mengikut laporan siasatan, anggota badan mayat itu masih lagi baru dan dipercayai diceraikan selepas dimasak. Kenapa ada segelintir golongan manusia yang sanggup melakukan sebegitu tanpa rasa bersalah?Selepas berlakunya Revolusi Budaya Mao, tahap kemanusiaan serta moral dalam kalangan penduduk di China semakin menurun. Pada masa yang sama, dominasi Rejim Komunis Cina telah menyebabkan perlakuan dan percanggahan hak asasi manusia berada di tahap tidak normal seperti yang terjadi,kanibalisme. ~mynewshub Pssttt...... | ||
Blog Makanan <b>di</b> Putrajaya: 12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya <b>...</b> Posted: 16 Jan 2014 11:14 PM PST 1. Saya berterimakasih kerana interpretasi yang sering dibuat berkenaan pemikiran saya. Tetapi kadang-kadang interpretasi berbeza dari pemikiran saya yang sebenar. 2. Berkenaan dengan Putrajaya. Yang sebenarnya tujuannya ialah untuk mendiri sebuah Bandar pentadbiran. Kita mendapat ilham dari bandar-bandar dunia untuk tujuan ini. 3. Di antara yang mempengaruhi rekabentuk Putrajaya ialah ibu kota Perancis, iaitu Paris. 4. Yang kita pilih sebagai contoh ialah Champs Elysees, boulevard utama yang melintasi tengah Bandar Paris. 5. Boulevard ini mempunyai jalan tengah yang luas untuk lalu-lintas kereta dan dua buah jalan kecil antara jalan tengah dengan deretan bangunan di kiri kanan untuk pelawat ke kedai dan restoran. 6. Tingkat bawah bangunan-bangunan ini terdapat kedai-kedai makan dan barangan dan juga pusat hiburan seperti Lido. Memanglah restoran menjual barangan yang tidak halal. 7. Sesungguhnya Champs Elysees dipenuhi dengan pembeli-belah tempatan dan pelancong dalam dan luar negeri sepanjang masa. Ramainya mereka di sini kerana terdapat kedai dan restoran mewah. Lido mempunyai tarikan hiburan yang istimewa. 8. Kita tidak berhasrat meniru segala-galanya yang terdapat di Champs Elysees di Paris. Kita juga tidak ingin menjadi Putrajaya sebagai Bandar pentadbiran yang penuh dengan pejabat Kerajaan semata-mata. 9. Di Negara maju terdapat CBD – Central Business District yang penuh dengan pejabat-pejabat syarikat terkemuka di Bandar besar. Pada siang hari ramailah pekerja dan pelawat membanjiri CBD. Apabila pejabat tutup pada 5 petang, CBD menjadi senyap sunyi. CBD juga berbahaya pada waktu malam kerana ramai penjenayah merayau-rayau dan menyamun orang yang masuk kawasan ini. 10. Sudah tentu jika ramai orang terdapat di mana kawasan, kemungkinan penjenayah bermaharajalela akan berkurangan. 11. Saya cadang kepada pengurusan Putrajaya supaya diadakan kedai-kedai makanan dan barangan sepanjang jalan tengah Putrajaya. Dalam pada itu pusat hiburan ringan juga perlu diadakan. 12. Pada malam Sambutan Ambang Tahun Baru hampir 100,000 orang, kebanyakannya Melayu telah dihibur dengan lagu-lagu merdu dan tarian. Mereka tidak mungkin datang jika tidak ada hiburan. 13. Adanya hiburan ini tidak bercanggah dengan idea Putrajaya. 14. Saya tidak bersetuju jika diadakan kedai arak dan tarian bogel di Putrajaya. Tetapi jika diadakan sedikit hiburan tidak mengapa.
15. Saya tak pernah pergi ke Hard Rock Café. Mungkin ia tidak sesuai. Tetapi ia dan pusat hiburan lain boleh disesuaikan jika sanggup mengadakan hiburan yang tidak lucah. Kita perlu kepada hiburan. Jika ada acara persandingan di dewan-dewan di Putrajaya tidak ada larangan terhadap hiburan. Kenapa tidak pusat hiburan di restoran. 16. Perubahan sedang dilakukan oleh Tan Sri Aseh kepada Putrajaya. Saya lihat semakin ramai pelawat datang ke Putrajaya sebelah malam kerana perubahan-perubahan ini.http://chedet.cc/?p=1190 | ||
Blog <b>Makanan di Sarawak</b>: Jom Makan Kepala Ayam! | www <b>...</b> Posted: 16 Jan 2014 09:31 PM PST Kepala Ayam, mungkin ada dikalangan pembaca sudah terbayangkan bentuk kepala ayam yang disembelih dan mungkin juga ada yang merasa mual tetapi ianya bukanlah sesuatu yang pelik di Sarawak. Untuk pengetahuan semua pembaca, di Sarawak juga terdapat gerai - gerai pasar malam terumatanya di tempat Mr.J iaitu Sibu , Sarawak menjual kepala ayam pangang dan juga yang digoreng. Tetapi bagi Mr.J adalah lebih enak dan 'bersih' sekiranya yang menyediakan Juadah Kepala Ayam adalah kita sendiri.
Mr.J juga merupakan peminat makanan - makanan yang "pelik" lebih - lebih lagi kepala ayam . Kalau di S.Malaysia kebanyakkan Kepala ayam , usus ayam akan dibuang tetapi di Sarawak ianya dijual dengan harga lingkungan RM3 - RM5. Cara penyediaannya adalah dengan membuang bahagian bawah paruh ayam iaitu bahagian lidahnya dan "tali penafasan" setelah itu maka ianya siap untuk dilumatkan bersama serai , halia , cili , garam dan sebagainya dan kalau nak lebih menarik lagi boleh juga digoreng dengan tepung 'kfc' tetapi Mr.J lebih suka untuk 'BBQ' sambil beriadah dengan rakan - rakan sekampung apatah lagi dengan beer 'Bigken' di Sarawak ataupun Arak "Cap Apek 3 sekawan". - Mr.Jmengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media | ||
Kopi Lekat | Perkongsian Manfaat: <b>Makanan Pelik</b> Eksotik Dari Asia Posted: 15 Jan 2014 03:15 AM PST Sorry, the blog at kopilekat.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs. Did you expect to see your blog here? See: 'I can't find my blog on the Web, where is it?' | ||
Blog <b>Makanan di</b> Kuala Lumpur: Halaman Gambar Menarik, <b>Pelik</b> <b>...</b> Posted: 15 Jan 2014 11:12 PM PST SWM Environment Sdn. Bhd. menggunakan jentera berteknologi terkini, beach comber dan beach buggy, bagi memastikan kawasan pantai di Port Dickson sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk para pengunjung. SAMPAH-SARAP yang telah dikutip dibuang ke dalam sebuah lori terbuka untuk proses pelupusan. BERBEZA dengan kunjungan ke Pantai Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan beberapa bulan sebelum ini, seorang suri rumah, Sarina Salleh dari Cheras, Kuala Lumpur mengakui terkejut melihat sekitar kawasan peranginan tersebut yang lebih bersih dan menarik berbanding dahulu. Kedatangannya ke pantai tersebut baru-baru ini bersama ahli keluarganya adalah untuk menikmati pemandangan pantai, di samping beriadah untuk menenangkan fikiran daripada kesibukan kehidupan kota. "Saya akan datang ke sini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Saya sukakan Pantai Saujana kerana pantainya yang bersih, pasir yang memutih dan berasa selesa setiap kali membawa anak-anak untuk bermandi-manda dan barbeku. "Anak-anak saya juga gemar ke sini kerana air laut yang bersih dan persekitaran yang sentiasa dijaga rapi," katanya ketika ditemui Kosmo! di Pantai Saujana baru-baru ini. Sementara itu, seorang peniaga yang menjual pakaian dan peralatan pantai, Ahata Hamzah, 48, berkata, terdapat banyak perbezaan pada persekitaran pantai berkenaan sejak berniaga di situ tujuh tahun lalu. "Ini jelas dilihat daripada aspek kebersihan. Sepanjang saya di sini, ada kalanya kedengaran keluhan pengunjung terhadap tahap kebersihan pantai ini. "Mereka berasa tidak selesa mandi di laut kerana kerap terjumpa sampah-sarap seperti botol-botol plastik dan bekas polistirena di persisiran pantai," imbau beliau. Kini, tambahnya, saya dapat menarik nafas lega kerana masalah ini telah dibendung secara berperingkat-peringkat mulai tahun lalu setelah mendapat kerjasama daripada semua pihak berkaitan. "Keadaan yang lebih baik ini juga memberi kesan yang memberangsangkan kepada perniagaan saya," kata Ahata. Pantai Saujana yang terletak di Batu Empat, Jalan Port Dickson merupakan sebuah pantai sepanjang 1.4 kilometer (km) yang bermula dari pusat peranginan popular, Avillion Beach Resort sehingga Pantai Cahaya Negeri. Tumpuan pengunjung Terkenal dengan persekitaran yang tenteram, pantai yang terbentang luas ini menjadi tumpuan pengunjung, khususnya pada hujung minggu dan cuti umum bagi melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti berkelah, sukan air dan bermain layang-layang. Penyediaan kemudahan yang lengkap seperti tempat letak kereta, laluan pejalan kaki berturap, deretan gerai makanan dan kraftangan serta tandas awam yang bersih juga merupakan daya tarikan pengunjung ke pantai berkenaan. Menyedari keperluan dan komitmen untuk sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan, syarikat konsesi SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) telah memperkenalkan jentera berteknologi moden, beach comber dan beach buggy, bagi memastikan kawasan pantai di Port Dickson berada dalam keadaan bersih. Perasmian penggunaan jentera itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hasan di sebuah hotel terkemuka Port Dickson pada November lalu. Jimat masa Menurut Pengurus Besar Kumpulan SWM, Adnan Ibrahim, pengenalan jentera itu menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri pertama yang memperkenalkan perkhidmatan pembersihan pantai berteknologi di Malaysia. JENTERA beach comber berupaya membersihkan permukaan pasir pantai sehingga kedalaman 15 sentimeter. "Secara kebetulan pengenalannya seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, menambahkan lagi kepentingan penggunaan jentera ini dalam menyediakan satu destinasi percutian yang menarik bagi pengunjung di dalam dan luar negara. "Jentera ini mampu mempercepatkan proses pembersihan pantai dan menjadikan kawasan lebih bersih berbanding penggunaan tenaga kerja manusia sebelum ini," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini. Mampu membersihkan 2..8 hektar kawasan pantai, Adnan menambah, buat peringkat awal proses pembersihan hanya melibatkan tiga buah pantai iaitu Pantai Saujana, Pantai Bagan Pinang yang sejauh 1.5km dan Pantai Batu (1km) yang berada di bawah perkhidmatan syarikat konsesi berkenaan. "Beach comber ini dikendalikan seorang pemandu. Ia dapat membersihkan kawasan pantai sehingga kedalaman 15 sentimeter dari permukaan pasir pantai untuk mengorek sampah dan hanyutan dari laut seperti plastik, kaca pecah, puntung rokok, tin minuman, ranting kayu, rumpai laut, daun kering dan batu-batu kecil. "Setelah pasir pantai digemburkan bagi mengeluarkan sampah, mesin ini akan meratakan semula permukaan bagi keselesaan pengunjung," jelasnya. Bagi kawasan kecil dan sempit pula, beach buggy akan digunakan untuk membersihkan kawasan tersebut. Sekali imbas, jentera ini kelihatan sama seperti kenderaan pelbagai permukaan (ATV), namun ia berupaya untuk membersihkan seluruh kawasan pantai dalam masa satu hingga ke dua jam. Menjelaskan proses-proses pembersihan terlibat menggunakan jentera berkenaan, Adnan berkata, pencakar sampah atau moldboard digunakan untuk memastikan kawasan tersebut dibersihkan dengan sempurna. "Pencakar sampah yang terdiri daripada besi keluli tahan karat yang runcing diganti pada tali penghadang penyangkut jentera untuk mencakar sampah daripada permukaan pasir. "Sampah yang telah dikutip akan memantul ke bahagian pemesong pencakar sampah yang terletak di bahagian belakang jentera dan disalurkan ke dalam corong longgokan sampah. Sampah berkenaan kemudian akan dibuang ke dalam sebuah lori untuk dibawa ke tapak pelupusan sampah di Bukit Palong, Lukut, Port Dickson," jelasnya. Adnan berkata, jumlah sampah yang dikutip semasa proses pembersihan adalah kira-kira satu tan sehari. Sehingga kini, SWM telah memiliki sebanyak enam unit jentera beach comber yang berharga RM380,000 seunit manakala terdapat 10 unit beach buggy yang melibatkan kos RM27,000 seunit. Jadual pembersihan Adnan berkata, kerja-kerja pembersihan pantai dilakukan seawal tujuh pagi yang biasanya memakan masa satu hingga ke dua jam untuk memastikan kawasan pantai benar-benar bersih dan selamat untuk orang ramai. "Hari Isnin hingga Khamis adalah hari yang ditetapkan untuk menjalankan proses pembersihan pantai. Ia tidak dilakukan pada hari Jumaat hingga Ahad kerana mengganggu aktiviti riadah pengunjung, selain menjaga keselamatan orang awam," ujarnya lagi. SWM yang dahulunya dikenali sebagai Southern Waste Management Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1995. Ia berperanan mengendalikan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di zon selatan Semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sejak 1996 secara interim. Syarikat ini kemudiannya dilantik sebagai syarikat konsesi selepas Akta 2007 (Akta 672), Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dikuatkuasa bermula 1 September 2011 oleh Kerajaan Persekutuan. |
You are subscribed to email updates from makanan pelik di sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment