Thursday, 30 January 2014

Makanan Tradisional: MEE LAKSA SARAWAK - Blog Makanan di Sarawak

<b>Makanan Tradisional</b>: MEE LAKSA <b>SARAWAK</b> - Blog Makanan di Sarawak


<b>Makanan Tradisional</b>: MEE LAKSA <b>SARAWAK</b>

Posted: 14 Jan 2014 07:15 AM PST


Ingredients

1 pek (200g) perencah laksa 'HJ MANAN' (laksa paste)
500g prawns (prawn)

1 piece of chicken breasts (can use Chicken Cubes)
1 pack Mi Hyun (soft luscious rice vermicelli) bean sprouts
500g (bean sprouts)
500ml coconut milk (coconut milk)
Salt to taste (salt)
Coriander leaves (coriander Leafs)
4 chicken eggs (dadar shreds)
2 stems lemon grass (lemon grass)
Method

Beat eggs and fry them thinly on a frying pan. Cut into strips. Set aside.
Boil 4 litres of water in a stock pot. Upon boiling, add 2 teaspoons of salt followed by prawns. Boil the prawns till they start to float indicating that they are cooked. Remove the prawns and let it cool.

Separately, boil 4 litres of water in another stock pot. Upon boiling, add 2 teaspooons of salt followed by the chicken. Boil till chicken is thoroughly cooked. Remove chicken and let it cool.

Remove head and shell from prawn. Put back the head and shell into the first pot, cover lid and continue boiling for at least 2 hours on medium heat. Place prawn aside.

Remove chicken meat from bones and shred the meat using fingers. Put back the chicken bones into the second pot, cover lid and continue boiling for at least 2 hours on medium heat. Place shredded chicken meat aside.

Once both stock are cooked, remove heads and shells of prawns as well as chicken bones. Combine the stock into one pot. Add Sarawak Laksa paste and let it boil at medium to high heat for at least 30 minutes.

Using freshly boiled water, blanch the beansprouts in 3 batches for 1 minute each. Drain beansprouts and set aside.

Next, cook the pre-soaked beehoon in 4 to 5 batches by blanching them in boiling water for at least 1 minute. Drain and set aside.

After the Sarawak Laksa paste has been left boiling for at least 30 minutes, turn off heat and sieve and remove the spice from the stock. Bring the stock (now laksa soup) to boil again. Turn off heat and add coconut milk gradually whilst stirring. Add salt and sugar to taste.

To serve, first place cooked beehoon on a bowl. Add beansprouts, shredded chicken, prawns and egg strips. Then pour the laksa soup over the ingredients.
Garnish with coriander leaves and squeeze a lime over the soup before eating.

It is not recommended that the laksa be kept overnight as coconut milk is used.

Blog Makanan di <b>Sarawak</b>: <b>makanan tradisional</b> negeri <b>sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2014 11:51 PM PST

Sarawak adalah salah satu daripada dua negeri di pulau Borneo Malaysia. Dikenali sebagai Bumi kayangan ("Land of the Hornbills"). Sarawak juga terkenal dengan makanan bermacam-macam jenis dengan terdapat bahan yang munking tidak terdapat  di tempat kita dan memiliki pelbagai rasa yang sangat unit.

  Makanan- makanan yang terkenal di sarawak ialah Kek Lapis, laksa sarawak, mee kolok, mee kuching dan kueh tiaw tomato, manok pansoh, tebaloi, umai dan lain-lain.Kek lapis Sarawak merupakan sejenis kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di sarawak spt Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina. Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu. Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut,maka semakin mahal harga kek tersebut. Jenis-jenis kek lapis yang terdapat di pasaran jenis roll, kipas, batik jawa, kristal,aiskrim anika, tulip, ketumpat dan bintik-bintik.

  Laksa sarawak 100 peratus berbeza daripada laksa-laksa di semenanjung baik dari segi 'mee' yang digunakan dan kuahnya. Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari, tetapi sebenarnya bukanlah seperti rasa mee kari. Laksa sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Semasa dihidangkan,laksa sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi.

  Mee Kolok pada asalnya bukanlah makanan asal bumiputra Sarawak.Mee kolok adalah makanan yg dibawa oleh masyarakat cina sarawak yg datang berhijrah ke sarawak. Oleh sebab itu mee kolok banyak dihidangkan di semua kedai makanan cina di Sarawak.Mee kolok antara mee yg popular di Sarawak, dan semakin terkenal di kalangan masyarakat Melayu, walau bagaimanapun tidak banyak kedai makanan Melayu yang menghidangkan mee kolok dan terdapat sedikit pengubahsuaian rasa hidangan. Terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada mee kolok iaitu mee kolok (Melayu), Kampua (cina),Mi Rangkai dan mi kering (iban).

  Mee kuching dan kueh tiaw tomato,ini popular di kalangan masyarakat sarawak tetapi tidaklah sepopular Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Kedua-dua jenis mee ini senang didapati di kedai makanan cina, dan restoran ataupun food court (halal) di shopping complex. Bagi Mee Kuching, mee ini banyak terdapat di Kuching dan juga dikenali sebagai Mee Dawai. Ini adalah disebabkan mee ini keras dan ranggup semasa dihidangkan


Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di semenanjung.'Manok' bermaksudd ayam dan 'Pansoh' bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai 'Manuk Pansuh' ataupun ' Manuk Lulun'. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging babi dan ikan disediakan mengikut cara yang sama. Tebaloi merupakan sejenis biskut sagu yang merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Bahan utama tebaloi ialah sagu. Makanan ini banyak dieksport ke luar negara dan merupakan salah satu makanan tradisional sarawak yang mempunyai permintaan yang tinggi. Umai merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Umai juga dikenali sebagai 'Sushi Sarawak' kerana disediakan daripada ikan mentah. Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dan diperap bersama limau dan bawang merah. Terdapat juga dicampur dengan hirisan cili mentah dan beberapa bahan sampingan lain. Umai yang paling biasa dijumpa adalah Umai Ikan. Umai lebih sedap jika dihidangkan terus setelah disediakan atau dihidangkan sejuk setelah disimpan dalam peti sejuk.

   Makanan di sarawak sangat unik dan sukar untuk di dapati. Makanan sarawak melambangkan kebudayaan orang sarawak dan melambangkan negeri tersebut serta cara pemakanan orang sarawak. Makanan - makanan sarawak sangat istimewa sehingga boleh menarik pelancong dari luar negara dan di dalam negara untuk menikmatinya.

Post by Kang Q Ying

Perniagaan <b>Makanan Tradisional</b> di Malaysia - pemborong

Posted: 24 Jan 2014 07:31 PM PST

Kepelbagaian penduduk seperti yang terdapat di negara kita, telah menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang agak unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India dan setiap kaum di Malaysia ini mempunyai makanan tradisional mereka sendiri. Penyatuan pelbagai hidangan ini telah menjadi salah satu faktor untuk menarik pelancong asing datang ke Malaysia.

Pada zaman ini, sektor perindustrian diberikan tumpuan yang sepenuhmya sebagai penjana ekonomi negara. Namun tanpa kita sedari, industri tradisional khususnya industri makanan juga mampu meningkatkan ekonomi negara. Industri ini berpotensi tinggi untuk dimajukan dan dijangka dapat memberi banyak sumbangan dalam ekonomi negara.  Jika industri tradisional ini dimajukan, sudah tentu peluang pekerjaan juga akan lebih terbuka dan seterusnya taraf kehidupan penduduk dapat ditingkatkan.

Dodol – Hidayah Cookies

Dodol adalah sejenis makanan kaum Melayu yang kebiasaannya dihidangkan ketika sambutan Aidilfitri. Namun kini, dodol telah dikomersilkan dan boleh didapati di negara ini pada hari-hari biasa. Walau bagaimanapun bagi sesetengah pihak, dodol dilihat seperti kian terpinggir dan kurang dikenali oleh generasi muda pada zaman sekarang.

Cerita kejayaan Hidayah Cookies pernah diterbitkan dalam akhbar tempatan. Pengasasnya, Cik Sarimah Jantan telah mengambil keputusan untuk menceburi bidang perusahan dodol dek disebabkan kegemarannya terhadap dodol itu sendiri. Keistimewaan dodol keluarannya adalah terletak pada cara ia dimasak. Isi dodol yang lemak dan mempunyai kandungan gula seimbang, serta memiliki daya tahan yang tinggi agar tidak mudah dihinggapi kulat.

Cik Sarimah membulatkan tekad nya. Beliau mengambil keputusan untuk menyertai kursus dan bengkel anjuran Jabatan Pertanian Serdang pada 2004, khusus untuk mempelajari asas pembuatan dodol yang terbaik. Azamnya hanya satu, untuk berjaya sebagai usahawan makanan tradisional dan membuang persepsi masyarakat, bahawa dodol hanya sesuai dimakan ketika musim perayaan sahaja. Setelah modal yang dikumpul mencukupi, setahun kemudian, beliau telah memulakan perusahaan dodol secara komersil.

Halangan yang utama dalam bidang penjualan dodol ini adalah minat orang ramai itu sendiri terhadap makanan ini. Pelbagai strategi pemasaran telah dilakukan, termasuk memasarkan produk ini di pasaran sekolah, kilang danpejabat sekitar Selangor. Selain itu, Hidayah Cookies juga akan menyertai ekspo dan pameran anjuran pelbagai agensi kerajaan di seluruh negara.

Segala usaha an penat lelah yang dilaburkan akhirnya terubat. Kejayaan demi kejayaan berjaya dikecapi oleh Hidayah Cookies. Contohnya, pada tahun 2006, dodol keluaran Hidayah Cookies telah dipilih sebagai dodol terbaik pada Hari Penternak, Petani dan Nelayan peringkat Selangor (HPPN). Dodolnya juga turut merangkul anugerah dodol terbaik HPPN Kebangsaan (2007), anugerah dodol kedua terbaik di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 dan 2010.
Untuk memantapkan lagi keluaran dodol Hidayah Cookies. Pelbagai perisa dodol telah dihasilkan untuk pasaran tempatan. Perisa-perisa itu adalah seperti perisa asli, durian, nangka dan labu. Untuk MAHA 2012, beliau telah menghasilkan dua lagi produk dodol iaitu dodol nanas dan dodol bijan. Kualiti produk juga dipantau agar bertambah baik daripada masa ke masa. Pembungkusan dodol juga dibuat dengan menarik dan saiznya lebih kecil untuk memudahkan pembeli membawa dodol itu kemana sahaja.

Secara purata, Hidayah Cookies menghasilkan sebanyak lima kawah dodol dalam tempoh satu hari. Setiap kawah pula mampu menghasilkan dodol seberat 15 kilogram. Pada kebiasaannya, permintaan dodol akan meningkat pada musim perayaan.

Perancangan masa hadapannya, sudah tentu beliau ingin terus maju dalam bidang perniagaan makanan tradisionalnya dan seterusnya dapat membesarkan kilangnya yang sedia ada.

Kuih Bakul – Kuih Tradisional Masyarakat Cina
Menjelang musim perayaan sambutan Tahun Baru Cina, sudah tentu pengusaha kuih bakul di Malaysia tidak menang tangan menyiapkan tempahan daripada pelanggan mereka. Begitu lah rezeki yang diperoleh oleh Ngan Chea Khong, 62, dan isterinya Tan Chu Chu, 53, pengusaha kuihbakul tradisional sejak 30 tahun dahulu. Kata Ngan, masyarakat Cina akan menghidangkan kuih bakul sebagai salah satu hidangan utama ketika menyambut tahun baru.
Kebiasaannya, beliau akan menggunakan dua dapur kayu api untuk mengukus kuiKuih> bakul itu. Penggunaan dapur kayu api melazatkan lagi rasa kuih bakul itu. Kuih bakul ini akan dikukus selama dua puluh jam dengan api yang sederhana untuk mendapatkan warna kuning keemasan. Bahan utama kuih bakul adalah tepung pulut yang dicampur dengan gula pasir dan diadun mengikut kaedah tradisional yang jarang ditunjukkan kepada sesiapa. Untuk memberi lebih aroma kepada kuih bakul itu, Ngan menggunakan daun pisang untuk membungkus kuih bakul, namun kini kebanyakan pengusaha telah beralih kepada penggunaan plastik untuk membungkus kuih bakul tadi.
Terdapat beberapa 'pantang-larang' yang perlu dipatuhi ketika memasakkuih bakul. Antaranya, wanita yang memasak kuih bakul harus bersih daripada haid. Mereka juga dilarang bercakap perkataan kotor bimbangkuih bakul akan menjadi tidak masak.

Muruku dan Kacang Putih – Makanan Kegemaran Pelbagai Kaum

Kampung Kacang Putih, itu lah nama sebuah kampung di Perak yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan luar dengan perusahaan turun temurun makanan tradisi itu sejak 30 tahun lampau. Kampung ini mempunyai lebih daripada 15 pengusaha komersial murukku dan kekacang yang membekalkan makanan ringan itu ke seluruh negeri. Kampung ini akan mula menjadi tumpuan pengunjung terutama pada musim perayaan bagi membeli makanan kudapan itu.

Selain kacang putih, kudapan lain yang dihasil dan dijual di kampung itu ialah pelbagai jenis murukku antaranya bintang, kari, pakoda, omom dan kadalai serta daripada jenis kekacang seperti kacang kari dan kacang peas. Pelbagai jenis kerepek juga ada disini, seperti ubi kayu, pisang dan sayur.
Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan. Murukku sememangnya terkenal sebagai bahan kudapan, makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya. Murukku diperbuat daripada tepung kacang tosai/Urad dhal dan tepung beras. Perasanya bergantung kepada citarasa penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili.

Murukku dan kekacang yang dihasilkannya disini mendapat permintaan tinggi, termasuk daripada orang Melayu dan masyarakat lain, kata salah seorang pengusaha, C. Ratnasami, 65. "Kaum India biasaanya beli janggree, pal kuah, bunthee, laddu, alvaa, mysore pal dan clebee manakala produk kekacang yang menjadi permintaan kaum Melayu dan masyarakat lain ialah kacang campuran, kacang putih, omom dan muruku," katanya lagi. Bagi salah seorang pengusaha, R.Ponutturan, 43, beliau kebiasaanya akan menghasilkan 300 kilogram murukku dan kekacang sehari. Pada musim perayaan, pengeluaran akan bertambah bergantung kepada permintaan daripada pelanggan. Produk murukku hasil daripada Kampung Kacang Putih turut diedar kepada pemborong di negeri lain seperti Kedah, Pulau Pinang dan Johor Baharu.

Inovasi Mesin Untuk Menggandakan Pengeluaran

Setiap kali menjelang musim perayaan, kuih-muih tradisional memang menjadi pilihan walaupun pembuatannya agak sukar. Permintaan terhadapkuih-muih tradisional seperti rempeyek, baulu, kuih ros, karas dan lemang juga semakin meningkat. Pembuatan secara manual biasanya tidak dapat menampung permintaan tersebut.
Pihak MARDI di bawah Pusat Mekanisasi dan Automasi telah mereka cipta pelbagai jenis mesin dan peralatan bagi menghasilkan makanan tradisional seperti lemang, emping, kuih karas, rempeyek, kuih ros, tabaloi, baulu cermai, cakar ayam, keropok lekor, sate, batang buruk, biji rotan, karipap, mesin mengekstrak isi durian dan jus buah-buahan. Mesin-mesin ini direka untuk memudahkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) memenuhi permintaan pembeli terutama pada musim perayaan.
Terkini, MARDI telah menghasilkan tiga lagi produk untuk membangunkan IKS tempatan iaitu mesin memproses kuih tradisional empat dalam satu yang mampu menghasilkan empat jenis kuih tradisional dengan hanya menggantikan acuan, mesin menggoreng keropok mudah susun dan mesin serba guna bagi mengekstrak sitrus dan mengasing biji benih cili.
Pereka ternama tanah air, Zulkifli Haron, 52, daripada syarikat Zull Design Autotronic juga mampu menghasilkan mesin dan peralatan untuk membuatkuih-muih tradisional dan moden. Perkara ini diakui sendiri oleh Puan Zaharani Abu Bakar yang telah bertemu dengan Zulkifli sendiri. Setelah perbincangan dibuat, dan segala kemahuanKuihn Zaharani direkodkan, Zulkifli telah menghasilkan Mesin Memproses Pelbagai Kuih (Mepek).
Mepek yang dihasilkan Zull Design itu dijana kuasa angin (pneumatik) yang dihasilkan daripada pemampat elektrik yang dibekalkan bersama mesin tersebut, mampu memudahkan tugas menghasilkan produk kuih muih tradisional dan moden. Mesin yang berupaya memproses kuih seperti semperit, tart nanas dan muruku, memerlukan dua pekerja. Pekerja pertama akan memasukkan adunan kuih dan yang kedua pula akan mengawal mesin tersebut sehingga mendapat bentuk kuih yang dikehendaki. Menurut Puan Zaharani, dengan menggunakan mesin ini, beliau mampu menghasilkan kira-kira 30,000 biji kuih sebulan, sekali gus dapat menjimatkan masa dan tenaga pekerjanya dan mengurangkan harga jualan. Daripada aspek kualiti pula, produk makanan yang dihasilkan juga kurang berminyak, kualitinya terjaga dan rasanya juga lebih enak.

Kesimpulan

Pada zaman yang serba moden ini, makanan tradisional di Malaysia ada kalanya seperti 'mati' atau pun telah ditinggalkan. Oleh itu, setiap usaha untuk menghidupkan semula perniagaan makanan tradisional yang terdapat di Malaysia haruslah disokong oleh setiap lapisan masyarakat, tidak mengira bangsa dan juga kaum. Kerajaan Malaysia juga nyata turut memberi sokongan yang berterusan terhadap industri penghasilan makanan tradisional dengan mengambil beberapa langkah untuk membantu usahawan dan industri kecil (IKS) dalam perniagaan makanan tradisional. Galakan dalam bentuk dana kewangan dan kursus kemahiran diberikan khusus untuk membantu usahawan ini dalam menjalankan perniagaan mereka.

Peranan media massa juga dilihat sangat penting dalam usaha kita mengekalkan industri makanan tradisional ini. Media massa boleh membantu melakukan promosi dan mewar-warkan perihal makanan tradisional ini. Media massa seperti media elektronik amat sesuai dengan pemikiran generasi muda sekarang,  dan dilihat sebagai medium yang paling baik untuk mendekati golongan muda. Adalah sesuatu yang menakutkan sekiranya generasi akan datang lupa atau tidak tahu langsung cara penyediaan makanan tradisional golongan terdahulu atau juadah popular zaman nenek moyang kita.

Semoga dengan memberi sokongan dan galakan terhadap perniagaan makanan tradisional ini akan dapat menaikkan kembali zaman kegemilangan makanan tradisional ini. Yakin Boleh!

USAHAWAN.COM

folio <b>makanan tradisional</b> di malaysia - bqbzfuyz - Blog Makanan di <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2014 07:44 PM PST

MEMAJUKAN INDUSTRI MAKANAN TRADISIONAL : USAHA-USAHA

Oleh : Ali bin Abu

Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Terdapat pelbagai makanan tradisional mengikut kaum di Malaysia. Makanan tradisional terbahagi kepada makanan basah dan makanan kering. Antaranya ialah Nasi lemak, Tosai dan Yong Tau Foo. Kuihnya pula ialah Dodol, Karipap dan Bahulu. Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular hingga ke peringkat antarabangsa. Makanan tradisional boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Terdapat pelbagai usaha dalam memajukan industri makanan tradisional di negara kita.

            Dalam kita memajukan industri makanan tradisional ini, kita boleh mempelbagaikan produk industri makanan yang sedia ada. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian sesuatu produk dapat menarik minat pelanggannya. Biar kita ambil contoh, kuih Bahulu. Dahulunya, kuih Bahulu memang popular pada musim-musim perayaan sahaja. Dalam era moden ini, kuih Bahulu semakin menambat hati raja sehari yang mempelbagaikan bungkusan kuih Bahulu untuk cenderahati tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan mereka. Dalam hal ini, kuih Bahulu telah menjadi popular di samping terkenal dalam kalangan generasi kini. Usaha sebegini haruslah diteruskan agar kuih-kuih tradisional akan terus terkenal di seantero dunia.

ISI 2

ISI 3

ISI 4

            Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam menyokong usaha-usaha ini. Industri makanan tradisional perlu terus dikomersilkan hingga ke arena yang lebih tinggi. Sejajar dengan itu, nama negara Malaysia akan terus mekar. Oleh itu, industri makanan tradisional akan terus berkembang seiring dengan kemajuan pembangunan negara. Nama dan imej negara juga akan terus terjaga dan terpelihara.

* Latihan : 

  Siapkan karangan di atas dengan melengkapkan perenggan isi 2 hingga isi 4.

No comments:

Post a Comment