Peniaga <b>makanan</b> harus utama aspek kebersihan – BorneoPost <b>...</b> - Blog Makanan di Sarawak |
Peniaga <b>makanan</b> harus utama aspek kebersihan – BorneoPost <b>...</b> Posted: 09 Jan 2014 08:27 AM PST by Nick Fletcher. Posted on January 10, 2014, Friday KUCHING: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri bermula tahun ini tidak lagi akan berkompromi dengan mana-mana peniaga makanan sama ada di premis, kantin mahupun jalanan yang didapati tidak mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 di bawah Akta Makanan 1983 yang ditetapkan. Amaran tegas itu dibuktikan apabila setakat semalam, 76 premis makanan di sekitar bandar raya ini telah diperiksa dan hasilnya, dua premis iaitu masing-masing di Kota Sentosa dan King Centre, Simpang 3 dekat sini telah diarahkan tutup atas sebab terdapatnya sarang dan najis tikus. Malah, dua kompaun bernilai RM500 dan RM1,000 turut dikeluarkan terhadap dua premis di King Centre kerana didapati tidak mematuhi kehendak berhubung tugas am pemunya premis dan tidak mematuhi kehendak berhubung pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan. Justeru, Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kuching Sabri Sahari berkata tindakan-tindakan yang telah dikenakan itu diharap akan menjadi amaran kepada pengusaha premis dan peniaga makanan di seluruh negeri ini amnya agar mematuhi peraturan yang ditetapkan. "Kami akan meneruskan operasi dari semasa ke semasa dan saya berharap semua peniaga makanan akan menjalankan pembersihan ke atas premis dan gerai masing-masing supaya tidak dikenakan tindakan yang lebih agresif daripada pihak kami," katanya ketika ditemui selepas mengetuai Operasi Premis Makanan Bersih di King Centre, semalam. Selain itu, Sabri turut mengingatkan kepada pengendali makanan supaya mendaftar dengan Kementerian Kesihatan selain melakukan pemeriksaan kesihatan kerana tanpa pematuhan dua perkara tersebut, mereka juga boleh dikenakan kompaun. Terdahulu, pada sidang media di Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, Pegawai Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching Dr Kamarudin Lajim telah menegaskan bahawa mana-mana premis makanan yang didapati tercemar oleh urungan tikus dan lipas akan diarahkan tutup serta-merta. "Tiada kompromi, mana-mana peniaga makanan yang didapati tidak mematuhi peraturan ditetapkan akan berdepan tindakan premis ditutup dan kompaun. "Peraturan ini ditetapkan kepada semua peniaga makanan sama ada di premis, kantin atau jalanan," katanya. Sehubungan itu, beliau menyeru kepada pengguna khususnya di sini supaya lebih sensitif mengenai kebersihan makanan yang dijual dan membuat aduan segera kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching di talian 082-244505 atau e-mel ke sitinoorhuda@moh.gov.my. "Pengguna disarankan supaya membuat aduan jika mendapati premis atau makanan yang dijual tercemar dan pihak kami akan melakukan siasatan serta pemeriksaan dengan segera," katanya. Sementara itu, terdapat 33 perkara ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan amaun kompaun adalah ditawarkan mengikut empat kategori premis iaitu dari RM100 hingga RM5,000. Kategori satu merangkumi kilang pemprosesan/pengeluaran makanan, pasar raya, pemborong, pengedar dan gudang manakala kategori dua merangkumi restoran, kedai makan, kafeteria, katerer, kantin dan dapur asrama. Kategori tiga pula merangkumi gerai, pasar mini serta kedai runcit dan kategori empat merangkumi penjaja bergerak, penjaja statik, penjaja pasar malam, pasar awam serta pasar tani. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment