Wednesday 15 January 2014

Kempen Promosi Kesihatan dan Kebersihan Makanan di Seduku ... - Blog Makanan di Sarawak

Kempen Promosi Kesihatan dan Kebersihan <b>Makanan di</b> Seduku <b>...</b> - Blog Makanan di Sarawak


Kempen Promosi Kesihatan dan Kebersihan <b>Makanan di</b> Seduku <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2013 02:23 PM PST

SRI AMAN: Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mengadakan Kempen Promosi Kesihatan dan Kebersihan Makanan di Tabika KEMAS, Kampung Seduku, di sini baru-baru ini.

Seramai 20 ibu bapa dan kanak-kanak hadir menjayakan program itu.

Pegawai Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Sri Aman Gabriel Alexis Kibes berkata program itu adalah untuk mempertingkatkan tahap kesedaran ibu bapa tentang kepentingan menjaga kesihatan anak-anak demi mewujudkan individu sihat.

"Menerusi program itu kami memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak tentang aspek kebersihan makanan yang betul," katanya.

Beliau berkata, bagi menjayakan program itu tiga ceramah diadakan untuk pengetahuan ibu bapa dan kanak-kanak iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut, kepentingan penjagaan kebersihan diri dan keracunan makanan.

Sehubungan itu, Alexis berharap program tersebut dapat memberi impak positif menghindari serangan penyakit tangan, kaki dan mulut serta isu keracunan makanan di kalangan penduduk di sini.

"Kami berharap ibu bapa dan kanak-kanak dapat menyebarkan maklumat mengenai kesihatan dan serangan penyakit terhadap penduduk di sekeliling," katanya.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

No comments:

Post a Comment