Thursday, 20 February 2014

'S'wak Food Trail' promosi makanan tradisi - The Borneo Post Online - Blog Makanan di Sarawak

&#39;S&#39;wak Food Trail&#39; promosi <b>makanan</b> tradisi - The Borneo Post Online - Blog Makanan di Sarawak


&#39;S&#39;wak Food Trail&#39; promosi <b>makanan</b> tradisi - The Borneo Post Online

Posted: 06 Feb 2014 08:07 AM PST

by Hamimi Kassim. Posted on February 7, 2014, Friday

KUCHING: Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia negeri di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia kini dalam perincian melaksanakan 'Sarawak Food Trail' yang memaparkan premis dan makanan tradisi serta menarik di Sarawak pada tahun ini.

Pengarahnya Salahuddin Mohd Arifin berkata, 'Sarawak Food Trail' merupakan salah satu usaha pihaknya dalam mempromosikan makanan tradisi Sarawak kepada pelancong di sini.

Menurutnya, selain memperkenalkan tempat-tempat menarik di negeri ini, Tourism Malaysia negeri berpendapat makanan yang pelbagai di sini perlu dipromosikan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Sarawak.

"Saya sendiri lihat pelancongan Sarawak mempunyai banyak potensi untuk dibangunkan terutama makanannya seperti Laksa Sarawak, mi jawa, mi kolok, sagu dan banyak lagi.

"Oleh sebab itu, kami akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan Sarawak dan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) bagi menganjurkan pelbagai program yang sedang kami rancangkan seperti 'Sarawak Food Trail' ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa kunjungan di Laksa Chef Ahid di Benteng Medan Niaga Satok di sini, semalam.

Tambahnya, banyak gerai dan premis di sini menyediakan pelbagai hidangan menarik dan unik sebagai tarikan pelancong untuk datang dan merasai sendiri makanan yang ditawarkan.

Oleh itu, jelasnya, program ini amat sesuai bagi mempromosikan mengenai keunikan makanan dan tempat menarik yang terdapat di negeri ini.

Turut hadir semasa kunjungan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dan ADUN Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Print Friendly

Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman periksa kebersihan premis <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2014 03:00 PM PST

SRI AMAN; Pejabat Kesihatan (Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan) Bahagian Sri Aman telah melancarkan operasi pemeriksaan kebersihan terhadap premis makanan di daerah Sri Aman dan Lubok Antu baru-baru ini.

Jurucakapnya Sebastian Vincent Majus berkata, menerusi operasi itu 23 premis makanan telah diperiksa dengan  satu daripadanya diarahkan ditutup kerana melanggar peraturan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

"Premis makanan terbabit diarah ditutup bagi tujuan tindakan pembetulan dengan kadar segera dalam tempoh 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Operasi itu disertai Majlis Daerah Sri Aman (MDSA), Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sri Aman.

Operasi pemeriksaan kebersihan terbabit kali ini tertumpu di kawasan perhentian bas pekan Keranggas Gayau @ Lachau, R&R Temudok, Sri Aman dan pusat hentian Jelukong di Engkilili, Lubok Antu.

Menurut Sebastian, tujuan operasi itu adalah bagi memberi kesedaran kepada pengusaha premis makanan supaya mematuhi kehendak-kehendak dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Akta berkenaan memperuntukkan hal penjagaan kebersihan premis makanan bagi memastikan makanan yang disediakan oleh pengusaha berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk pengguna, nya.

"Sekiranya gagal dipatuhi maka pengusaha premis makanan boleh diambil tindakan mengikut undang- undang yang diperuntukkan," katanya.

Print Friendly

AWAS! KEDAI <b>MAKANAN</b> SEAFOOD <b>DI SARAWAK</b> TAK HALAL?

Posted: 19 Dec 2013 05:20 PM PST

-ALANG-ALANG MENIPU ORANG ISLAM MENGATAKAN MAKANAN YANG DIJUAL ITU HALAL, BAIK LU ORANG JUAL DAGING KHINZIR SEKALI KAT TOPSPOT SEAFOOD CENTRE, SEBUAH PUSAT MAKANAN YANG TERKEMUKA DI BANDARAYA KUCHING INI! CIS! KEMBANG AIR LIUR AKU! KEKEKE!!!-

Tiga buah premis makanan laut di Jalan Bukit Mata di sini, diberi amaran oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana gagal mematuhi standard dan prosedur persijilan Halal termasuk menyalahgunakan perbahasan halal.

Ketua Unit Pembangunan Halal JAIS, Asmawati @ Siti Asmah Ahmad berkata, hanya enam buah premis mempunyai sijil halal daripada 12 buah premis yang beroperasi di tempat itu.

"Dua daripadanya tidak mematuhi standard dan prosedur persijilan halal, manakala satu lagi tidak mempunyai sijil halal tetapi menggunakan logo halal.

"Bagi premis yang melanggar prosedur persijilan halal akan dibawa kepada Panel Pengesahan Halal Majlis Islam Sarawak (MIS)" katanya selepas mengetuai Operasi Bersepadu Halal, malam tadi.

Bagaimanapun katanya, bagi perbahasan halal perlu diteliti untuk membuat penguatkuasaan halal kerana kesalahan tersebut telah dimaklumkan dalam program yang dianjurkan oleh JAIS dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Mengulas lanjut berkenaan hasil pemeriksaan, Asmawati berkata, pihaknya menemui bahan-bahan masakan yang meragukan kerana tidak mempunyai logo halal.

"Kita menjumpai barangan yang meragukan seperti sos dan cuka yang tiada logo halal yang dapat membuktikan bahan yang digunakan sememangnya halal," katanya.

Beliau menambah, bahan-bahan tersebut akan di bawa ke Jabatan Kimia untuk siasatan bagi mengesahkan sama ada ia halal atau tidak.

Namun, premis-premis berkenaan masih dibenarkan untuk beroperasi disebabkan status halal premis itu masih belum dapat diputuskan .

Ditanya tentang jumlah sijil halal yang ditarik balik bagi negeri Sarawak bagi tahun 2013, beliau memberitahu bahawa daripada 10 operasi yang dijalankan, enam sijil halal ditarik balik, manakala satu lagi masih dalam siasatan.

Premis yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah Perihal Dagangan atau Perakuan dan Penandaan Halal 2011 serta denda sebanyak RM200,000 bagi kesalahan pertama dan kedua, sebanyak RM500,000.

Operasi selama dua jam tersebut turut disertai 38 pegawai daripada JAIS dan PPDNKK yang bertujuan membuat pemantauan terhadap pemegang-pemegang sijil halal di premis makanan di kawasan tersebut.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment