AWAS! KEDAI <b>MAKANAN</b> SEAFOOD <b>DI SARAWAK</b> TAK HALAL? - Blog Makanan di Sarawak |
- AWAS! KEDAI <b>MAKANAN</b> SEAFOOD <b>DI SARAWAK</b> TAK HALAL?
- Jom Makan Kepala Ayam! - Blog <b>Makanan di Sarawak</b> - Blogger
- Pastikan <b>makanan di</b> pusat pemindahan banjir cukupi – BorneoPost <b>...</b>
AWAS! KEDAI <b>MAKANAN</b> SEAFOOD <b>DI SARAWAK</b> TAK HALAL? Posted: 19 Dec 2013 05:20 PM PST -ALANG-ALANG MENIPU ORANG ISLAM MENGATAKAN MAKANAN YANG DIJUAL ITU HALAL, BAIK LU ORANG JUAL DAGING KHINZIR SEKALI KAT TOPSPOT SEAFOOD CENTRE, SEBUAH PUSAT MAKANAN YANG TERKEMUKA DI BANDARAYA KUCHING INI! CIS! KEMBANG AIR LIUR AKU! KEKEKE!!!- Tiga buah premis makanan laut di Jalan Bukit Mata di sini, diberi amaran oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana gagal mematuhi standard dan prosedur persijilan Halal termasuk menyalahgunakan perbahasan halal. Ketua Unit Pembangunan Halal JAIS, Asmawati @ Siti Asmah Ahmad berkata, hanya enam buah premis mempunyai sijil halal daripada 12 buah premis yang beroperasi di tempat itu. "Dua daripadanya tidak mematuhi standard dan prosedur persijilan halal, manakala satu lagi tidak mempunyai sijil halal tetapi menggunakan logo halal. "Bagi premis yang melanggar prosedur persijilan halal akan dibawa kepada Panel Pengesahan Halal Majlis Islam Sarawak (MIS)" katanya selepas mengetuai Operasi Bersepadu Halal, malam tadi. Bagaimanapun katanya, bagi perbahasan halal perlu diteliti untuk membuat penguatkuasaan halal kerana kesalahan tersebut telah dimaklumkan dalam program yang dianjurkan oleh JAIS dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Mengulas lanjut berkenaan hasil pemeriksaan, Asmawati berkata, pihaknya menemui bahan-bahan masakan yang meragukan kerana tidak mempunyai logo halal. "Kita menjumpai barangan yang meragukan seperti sos dan cuka yang tiada logo halal yang dapat membuktikan bahan yang digunakan sememangnya halal," katanya. Beliau menambah, bahan-bahan tersebut akan di bawa ke Jabatan Kimia untuk siasatan bagi mengesahkan sama ada ia halal atau tidak. Namun, premis-premis berkenaan masih dibenarkan untuk beroperasi disebabkan status halal premis itu masih belum dapat diputuskan . Ditanya tentang jumlah sijil halal yang ditarik balik bagi negeri Sarawak bagi tahun 2013, beliau memberitahu bahawa daripada 10 operasi yang dijalankan, enam sijil halal ditarik balik, manakala satu lagi masih dalam siasatan. Premis yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah Perihal Dagangan atau Perakuan dan Penandaan Halal 2011 serta denda sebanyak RM200,000 bagi kesalahan pertama dan kedua, sebanyak RM500,000. Operasi selama dua jam tersebut turut disertai 38 pegawai daripada JAIS dan PPDNKK yang bertujuan membuat pemantauan terhadap pemegang-pemegang sijil halal di premis makanan di kawasan tersebut. -UnReportedNews™® |
Jom Makan Kepala Ayam! - Blog <b>Makanan di Sarawak</b> - Blogger Posted: 20 Jan 2014 09:47 PM PST SWM Environment Sdn. Bhd. menggunakan jentera berteknologi terkini, beach comber dan beach buggy, bagi memastikan kawasan pantai di Port Dickson sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk para pengunjung. SAMPAH-SARAP yang telah dikutip dibuang ke dalam sebuah lori terbuka untuk proses pelupusan. BERBEZA dengan kunjungan ke Pantai Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan beberapa bulan sebelum ini, seorang suri rumah, Sarina Salleh dari Cheras, Kuala Lumpur mengakui terkejut melihat sekitar kawasan peranginan tersebut yang lebih bersih dan menarik berbanding dahulu. Kedatangannya ke pantai tersebut baru-baru ini bersama ahli keluarganya adalah untuk menikmati pemandangan pantai, di samping beriadah untuk menenangkan fikiran daripada kesibukan kehidupan kota. "Saya akan datang ke sini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Saya sukakan Pantai Saujana kerana pantainya yang bersih, pasir yang memutih dan berasa selesa setiap kali membawa anak-anak untuk bermandi-manda dan barbeku. "Anak-anak saya juga gemar ke sini kerana air laut yang bersih dan persekitaran yang sentiasa dijaga rapi," katanya ketika ditemui Kosmo! di Pantai Saujana baru-baru ini. Sementara itu, seorang peniaga yang menjual pakaian dan peralatan pantai, Ahata Hamzah, 48, berkata, terdapat banyak perbezaan pada persekitaran pantai berkenaan sejak berniaga di situ tujuh tahun lalu. "Ini jelas dilihat daripada aspek kebersihan. Sepanjang saya di sini, ada kalanya kedengaran keluhan pengunjung terhadap tahap kebersihan pantai ini. "Mereka berasa tidak selesa mandi di laut kerana kerap terjumpa sampah-sarap seperti botol-botol plastik dan bekas polistirena di persisiran pantai," imbau beliau. Kini, tambahnya, saya dapat menarik nafas lega kerana masalah ini telah dibendung secara berperingkat-peringkat mulai tahun lalu setelah mendapat kerjasama daripada semua pihak berkaitan. "Keadaan yang lebih baik ini juga memberi kesan yang memberangsangkan kepada perniagaan saya," kata Ahata. Pantai Saujana yang terletak di Batu Empat, Jalan Port Dickson merupakan sebuah pantai sepanjang 1.4 kilometer (km) yang bermula dari pusat peranginan popular, Avillion Beach Resort sehingga Pantai Cahaya Negeri. Tumpuan pengunjung Terkenal dengan persekitaran yang tenteram, pantai yang terbentang luas ini menjadi tumpuan pengunjung, khususnya pada hujung minggu dan cuti umum bagi melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti berkelah, sukan air dan bermain layang-layang. Penyediaan kemudahan yang lengkap seperti tempat letak kereta, laluan pejalan kaki berturap, deretan gerai makanan dan kraftangan serta tandas awam yang bersih juga merupakan daya tarikan pengunjung ke pantai berkenaan. Menyedari keperluan dan komitmen untuk sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan, syarikat konsesi SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) telah memperkenalkan jentera berteknologi moden, beach comber dan beach buggy, bagi memastikan kawasan pantai di Port Dickson berada dalam keadaan bersih. Perasmian penggunaan jentera itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hasan di sebuah hotel terkemuka Port Dickson pada November lalu. Jimat masa Menurut Pengurus Besar Kumpulan SWM, Adnan Ibrahim, pengenalan jentera itu menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri pertama yang memperkenalkan perkhidmatan pembersihan pantai berteknologi di Malaysia. JENTERA beach comber berupaya membersihkan permukaan pasir pantai sehingga kedalaman 15 sentimeter. "Secara kebetulan pengenalannya seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, menambahkan lagi kepentingan penggunaan jentera ini dalam menyediakan satu destinasi percutian yang menarik bagi pengunjung di dalam dan luar negara. "Jentera ini mampu mempercepatkan proses pembersihan pantai dan menjadikan kawasan lebih bersih berbanding penggunaan tenaga kerja manusia sebelum ini," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini. Mampu membersihkan 2..8 hektar kawasan pantai, Adnan menambah, buat peringkat awal proses pembersihan hanya melibatkan tiga buah pantai iaitu Pantai Saujana, Pantai Bagan Pinang yang sejauh 1.5km dan Pantai Batu (1km) yang berada di bawah perkhidmatan syarikat konsesi berkenaan. "Beach comber ini dikendalikan seorang pemandu. Ia dapat membersihkan kawasan pantai sehingga kedalaman 15 sentimeter dari permukaan pasir pantai untuk mengorek sampah dan hanyutan dari laut seperti plastik, kaca pecah, puntung rokok, tin minuman, ranting kayu, rumpai laut, daun kering dan batu-batu kecil. "Setelah pasir pantai digemburkan bagi mengeluarkan sampah, mesin ini akan meratakan semula permukaan bagi keselesaan pengunjung," jelasnya. Bagi kawasan kecil dan sempit pula, beach buggy akan digunakan untuk membersihkan kawasan tersebut. Sekali imbas, jentera ini kelihatan sama seperti kenderaan pelbagai permukaan (ATV), namun ia berupaya untuk membersihkan seluruh kawasan pantai dalam masa satu hingga ke dua jam. Menjelaskan proses-proses pembersihan terlibat menggunakan jentera berkenaan, Adnan berkata, pencakar sampah atau moldboard digunakan untuk memastikan kawasan tersebut dibersihkan dengan sempurna. "Pencakar sampah yang terdiri daripada besi keluli tahan karat yang runcing diganti pada tali penghadang penyangkut jentera untuk mencakar sampah daripada permukaan pasir. "Sampah yang telah dikutip akan memantul ke bahagian pemesong pencakar sampah yang terletak di bahagian belakang jentera dan disalurkan ke dalam corong longgokan sampah. Sampah berkenaan kemudian akan dibuang ke dalam sebuah lori untuk dibawa ke tapak pelupusan sampah di Bukit Palong, Lukut, Port Dickson," jelasnya. Adnan berkata, jumlah sampah yang dikutip semasa proses pembersihan adalah kira-kira satu tan sehari. Sehingga kini, SWM telah memiliki sebanyak enam unit jentera beach comber yang berharga RM380,000 seunit manakala terdapat 10 unit beach buggy yang melibatkan kos RM27,000 seunit. Jadual pembersihan Adnan berkata, kerja-kerja pembersihan pantai dilakukan seawal tujuh pagi yang biasanya memakan masa satu hingga ke dua jam untuk memastikan kawasan pantai benar-benar bersih dan selamat untuk orang ramai. "Hari Isnin hingga Khamis adalah hari yang ditetapkan untuk menjalankan proses pembersihan pantai. Ia tidak dilakukan pada hari Jumaat hingga Ahad kerana mengganggu aktiviti riadah pengunjung, selain menjaga keselamatan orang awam," ujarnya lagi. SWM yang dahulunya dikenali sebagai Southern Waste Management Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1995. Ia berperanan mengendalikan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di zon selatan Semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sejak 1996 secara interim. Syarikat ini kemudiannya dilantik sebagai syarikat konsesi selepas Akta 2007 (Akta 672), Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dikuatkuasa bermula 1 September 2011 oleh Kerajaan Persekutuan. |
Pastikan <b>makanan di</b> pusat pemindahan banjir cukupi – BorneoPost <b>...</b> Posted: 07 Dec 2013 03:55 PM PST MIRI: Agensi kerajaan berkaitan harus memastikan bekalan makanan di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir mencukupi bagi meneruskan kelangsungan hidup mangsa banjir. Aktivis Masyarakat, Wan Zain Syed Mohdzar berkata Sarawak juga tidak terlepas daripada bencana banjir namun ia belum berada di tahap membimbangkan. "Begitupun, kerajaan mengumumkan bantuan kepada mangsa banjir seluruh negara dan harapan kita bekalan itu sampai kepada mangsa di pusat- pusat pemindahan," katanya di sini semalam. Menurutnya, beberapa kawasan rendah di Sarawak khasnya di kawasan pendalaman turut mengalami bencana sama sejak beberapa hari lalu. "Agensi kerajaan berkaitan harus bersiap sedia dengan penyimpanan bekalan makanan dan keperluan lain kerana kemungkinan kita juga akan berdepan masalah banjir serius seperti di Terengganu dan beberapa negeri lain" ujarnya. Wan Zain menambah, bantuan khas yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus sampai kepada mangsa banjir tanpa sebarang karenah birokrasi. "Kita tidak mahu apabila mangsa banjir ini memerlukan bantuan segera, agensi kerajaan berkaitan melengah-lengahkan permohonan mereka sedangkan bantuan khas itu untuk mereka," ujarnya. Dalam perkembangan lain, beliau turut menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah khususnya di tebingtebing sungai agar sentiasa memantau aras air pasang. "Berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, kita menasihatkan supaya penduduk sentiasa menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga serta berpindah jika diarahkan," katanya. Pada masa sama, beliau juga menyarankan ibu bapa mengawasi dan melarang anak-anak bermain dengan air banjir yang boleh membahayakan nyawa mereka. "Ada yang mati lemas kerana bencana banjir. Kita berharap ibu bapa faham dengan bencana terbabit kerana ia boleh meragut nyawa mereka dalam sekelip mata jika tiada langkah berjaga-jaga," katanya. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment