folio <b>makanan tradisional</b> di malaysia - bqbzfuyz - Blog Makanan di <b>...</b> - Blog Makanan di Sarawak |
folio <b>makanan tradisional</b> di malaysia - bqbzfuyz - Blog Makanan di <b>...</b> Posted: 23 Jan 2014 07:44 PM PST MEMAJUKAN INDUSTRI MAKANAN TRADISIONAL : USAHA-USAHA Oleh : Ali bin Abu Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Terdapat pelbagai makanan tradisional mengikut kaum di Malaysia. Makanan tradisional terbahagi kepada makanan basah dan makanan kering. Antaranya ialah Nasi lemak, Tosai dan Yong Tau Foo. Kuihnya pula ialah Dodol, Karipap dan Bahulu. Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular hingga ke peringkat antarabangsa. Makanan tradisional boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Terdapat pelbagai usaha dalam memajukan industri makanan tradisional di negara kita. Dalam kita memajukan industri makanan tradisional ini, kita boleh mempelbagaikan produk industri makanan yang sedia ada. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian sesuatu produk dapat menarik minat pelanggannya. Biar kita ambil contoh, kuih Bahulu. Dahulunya, kuih Bahulu memang popular pada musim-musim perayaan sahaja. Dalam era moden ini, kuih Bahulu semakin menambat hati raja sehari yang mempelbagaikan bungkusan kuih Bahulu untuk cenderahati tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan mereka. Dalam hal ini, kuih Bahulu telah menjadi popular di samping terkenal dalam kalangan generasi kini. Usaha sebegini haruslah diteruskan agar kuih-kuih tradisional akan terus terkenal di seantero dunia. ISI 2 ISI 3 ISI 4 Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam menyokong usaha-usaha ini. Industri makanan tradisional perlu terus dikomersilkan hingga ke arena yang lebih tinggi. Sejajar dengan itu, nama negara Malaysia akan terus mekar. Oleh itu, industri makanan tradisional akan terus berkembang seiring dengan kemajuan pembangunan negara. Nama dan imej negara juga akan terus terjaga dan terpelihara. * Latihan : Siapkan karangan di atas dengan melengkapkan perenggan isi 2 hingga isi 4. |
You are subscribed to email updates from makanan tradisional di sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment