Wednesday, 30 April 2014

Najis tikus bertaburan, 14 premis makanan di P.Pinang diarah tutup ... - Blog Makanan di Sarawak

Najis tikus bertaburan, 14 premis <b>makanan di</b> P.Pinang diarah tutup <b>...</b> - Blog Makanan di Sarawak


Najis tikus bertaburan, 14 premis <b>makanan di</b> P.Pinang diarah tutup <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2014 05:06 PM PDT

GEORGE TOWN: Najis tikus bertaburan, peralatan dapur berkarat dan makanan dibasuh di atas lantai adalah antara punca 14 premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup mulai kelmarin.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Ku Nafishah Ku Ariffin berkata dalam operasi itu, empat premis masing-masing di Barat Daya dan Seberang Perai Tengah diarah tutup manakala diTimur Laut serta Seberang Perai Utara masing-masing tiga premis.

"Kesemua premis terlibat dikesan pertama kali melakukan kesalahan itu dan pemiliknya diberi tempoh 14 hari untuk melakukan kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 sebelum diperiksa sekali lagi," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata operasi bersepadu yang turut melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, turut mengeluarkan 20 notis saman mengikut Sekyen 32BAkta Makanan 2009 atas pelbagai kesalahan melibatkan amalan kebersihan.

Ku Nafishah berkata PBT mengeluarkan 46 kompaun berjumlah RM4,400 kerana kesalahan tidak menyediakan perangkap minyak pada saluran buangan di dapur dan pengurusan sisa tidak sempurna.

Beliau berkata kesedaran pengusaha makanan di negeri ini semakin baik hasil pemeriksaan kerap dan hanya kira-kira 30 peratus pengendali makanan belum mendapatkan suntikan tifoid berbanding lebih 90 peratus dalam operasi-operasi terdahulu.

Ku Nafishah berkata orang ramai boleh menghubungi talian 04-2017277 atau 04-2017278 jika mempunyai aduan berkenaan premis makanan kotor atau produk makanan rosak di negeri ini. — Bernama

Print Friendly

No comments:

Post a Comment