Friday, 25 April 2014

Ba'Kelalan terpilih jadi lokasi perayaan Irau Aco Lun Bawang ... - Blog Makanan di Sarawak

Ba&#39;Kelalan terpilih jadi lokasi perayaan Irau Aco Lun Bawang <b>...</b> - Blog Makanan di Sarawak


Ba&#39;Kelalan terpilih jadi lokasi perayaan Irau Aco Lun Bawang <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2014 09:01 AM PDT

KUCHING: Ba'Kelalan, sebuah kawasan yang kaya dengan keunikan tersendiri terpilih menjadi lokasi sambutan bagi perayaan Irau Aco Lun Bawang buat kali pertama dalam tempoh 27 tahun.

Sambutan yang akan diadakan pada 30 Mei hingga 2 Jun (tiga hari) itu merupakan perhimpunan terbesar masyarakat Lun Bawang yang disifatkan sebagai perayaan menuai padi.

Presiden Persatuan Lun Bawang Sarawak (PLBS) Ipoi Datan berkata, pelbagai faktor yang menjadi alasan mengapa Ba'Kelalan terpilih sebagai lokasi perayaan yang kebiasaannya disambut di bandar Lawas itu.

"Kami memilih Ba'Kelalan  sebagai lokasi sambutan perayaan Irau Aco Lun Bawang pada tahun ini atas pertimbangan banyak faktor yang kebanyakannya melibatkan promosi kekayaan alam semula jadi di sana yang dapat menarik kedatangan pelancong dari luar negara.

"Promosi itu melibatkan CAN iaitu Culture (Budaya), Adventure (Pengembaraan) dan Nature (Alam Semula Jadi) yang terdapat di Ba'Kelalan yang jarang dikongsi kepada orang ramai.

"Pada masa sama, sambutan itu juga memberi peluang kepada orang ramai yang berkunjung untuk beramah mesra bersama komuniti tempatan di sana yang turut sama mempromosi budaya serta produk yang mereka miliki," katanya.

Ipoi menambah, pelbagai acara sampingan turut akan diadakan pada hari sambutan perayaan itu seperti persembahan 'ngiup suling' (meniup seruling buluh), persembahan angklung, bazar makanan tradisional serta sesi menjahit manik yang menjadi produk utama pakaian masyarakat itu.

Beliau yang juga merupakan pengarah Muzium Sarawak berkata, PLBS turut menjemput masyarakat Lun Dayeh dari Sabah dan Lun Bawang dari Brunei untuk meraikannya bersama.

"Pada acara yang begitu indah ini, saya berharap pelancong asing mahupun pelancong tempatan merasai perayaan yang unik ini di samping dapat mempelajari budaya yang menjadi amalan masyarakat Lun Bawang sejak turun-temurun lagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perayaan Irau Aco Lun Bawang 2014 yang berlangsung di Bilik Niah, Dewan Tun Abdul Razak, Muzium Sarawak, di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Sarawak Suriya Charles Buas, Setiausaha Agung PLBS Daniel Punang dan Pengerusi PLBS Cawangan Kuching Baru Tai.

Orang ramai yang berminat untuk merasai pengalaman menyambut perayaan Irau Aco Lun Bawang bolehlah menghubung Cik Evelyn di talian 085-262019 untuk tempahan pengangkutan serta penginapan.

Print Friendly

No comments:

Post a Comment