12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Blog Makanan <b>di Sarawak</b> - Blogger - Blog Makanan di Sarawak |
- 12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Blog Makanan <b>di Sarawak</b> - Blogger
- Selongkar10 - Blog <b>Makanan di</b> Malaysia - Blogger
- MY STORY - MISSA: <b>Makanan</b> Exotic dan <b>pelik di Sarawak</b>
12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Blog Makanan <b>di Sarawak</b> - Blogger Posted: 24 Feb 2014 09:02 PM PST 5 "AWAK tinggal beritahu kereta yang mana awak inginkan. Kita pandu keluar." Confident sahaja dia offer sebuah kereta buat Aisha. Mahu babah tahu, kelu lidah dia hendak menjawab. Duit tidak menjadi masalah buat Ivan, leteran dari babah sahaja yang buat dia pening kepala. "Kereta kebal ada?" Aisha sekadar memerhati ruangan showroom. Kereta-kereta mewah yang terpamer di situ hanya memberi satu makna sahaja kepada Aisha iaitu kemudahan. "Awak nak pergi berperang ke?" "Hihihi... tak adalah. Saja bergurau. Saya dah biasa ke mana-mana dengan LRT mahupun pengangkutan awam yang lain." "Laaa... saya nak bagi awak kereta, awak tolak pula?" "Awak nak bagi tapi saya tak cakap saya nak terima." "Habis ke mana-mana kita pergi, saya kena naik pengangkutan awamlah kalau begitu?" "Ya, Encik Ivan Hayden. Kalau tak pun, awak masih boleh naik kereta awak dan saya naik public transport. Kita bertemu di mana sahaja lokasi yang dijanjikan. Saya rasa tiada masalah." Pertemuan yang diatur cukup mudah. Sama seperti apa yang berlaku kepada mereka setiap kali ingin berjumpa. Hari ini, Aisha hanya meminta Ivan mengirimkan mesej akan lokasi syarikat Brittany. Tidak menjadi masalah bila ada pengangkutan awam yang melalui kawasan menempatkan syarikat tersebut. Bas ada, teksi pun banyak. "Encik Hayden..." Aneesa yang merupakan setiausaha syarikat mendekati kedudukan dirinya dan Aisha di sebelah kiri ruang showroom. Ivan menoleh, "Ya, saya." "Boleh semak beberapa dokumen yang saya kepilkan sebelum Encik Hayden turunkan tandatangan di sini?" "Sekejap ya, awak." "Oh, okey." Aisha mengambil jarak bila Ivan ke bahagian front desk syarikat Brittany. Dia memerhatikan Ivan meneliti dokumen-dokumen yang ada dari jauh. Aura lelaki itu semasa bekerja ternyata berbeza berbanding saat berada di universiti. Jika di universiti, Ivan kelihatan sangat relaks dan kasual. Berada di sini, terserlah sisi yang lain daripada yang sebiasa Aisha lihat. Semuanya melibatkan urus niaga pengeksportan kereta-kereta keluaran syarikat ke Eropah. Ia membuatkan Ivan berfikir tentang sesuatu sebelum menurunkan tandatangannya. "Aneesa, awak ada dapat panggilan daripada kilang kita di Kedah?" "Belum lagi Encik Hayden, mungkin petang sedikit rasanya." "Kalau mereka telefon, maklumkan kepada saya secepat mungkin sebab kapasiti pengeluaran kereta di kilang yang terletak di Sik tu akan ditambah. Jadi, untuk barisan pertama selepas perubahan dibuat, saya nak tahu sama ada terdapat masalah atau tidak untuk jenama Mercury dan Prestigue disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan." "Baiklah, saya akan maklumkan sekiranya terdapat panggilan yang dibuat." "Oh, ya... hari ni babah saya masuk lambat ke?" Baru Ivan perasan, sejak dia tiba tidak sampai setengah jam tadi, tidak kelihatan pula Datuk Rill Hayden membuat rondaan di ruang showroom. Selalunya, itu antara hobi babahnya yang tidak dapat dikikis saban hari. "Datuk dah masuk awal pagi dan sejam selepas itu keluar bertemu klien di Subang Jaya. Katanya akan terus ke Kelana Jaya. Khabarnya ingin berjumpa dengan wakil dari kilang di Thailand pula untuk berbincang akan kontrak edaran kereta ke pasaran Asia Tenggara. Rasanya Datuk tak masuk pejabat selepas itu." "Terima kasih, Aneesa." "Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu Encik Hayden?" "Hmmm... rasanya tak ada. Nanti kalau saya perlukan bantuan, saya akan panggil awak semula." "Baiklah kalau begitu." Ivan beralih dari front desk menuju ke arah Aisha. Gadis itu masih tekun memerhati kereta-kereta yang ada terpamer di ruang tersebut. "So, dah fikir nak pilih kereta yang mana?" "Awak nak buat apa beli kereta banyak-banyak? Kereta yang awak pandu setiap hari tu dah cukup untuk memudahkan awak ke mana-mana." "Tapi, saya nak berikan hadiah untuk awak." "Awak nak berikan saya hadiah?" Aisha ingin mengetahui sebab-musabab Ivan ingin memberikan hadiah kepadanya. Hari lahirnya lambat lagi dan tak mungkin Aisha berbesar hati menerima sebuah kereta sebagai hadiah hari lahir. Itu bukan cara Aisha. "But, why? Hanya kerana saya selalu gunakan public transport?" Ivan terus mengangguk. Dia risau setiap kali Aisha ke mana-mana malah menemuinya dengan menaiki pengangkutan awam. Kalau Aisha memiliki kenderaan sendiri, kuranglah sedikit rusuh di hatinya memikirkan keadaan gadis itu di jalan raya. "Hihihi... niat baik awak saya hargai. Tetapi, jujur saya katakan saya selesa dengan cara saya dan saya tak mahu termakan budi manusia dengan mudah. Saya harap awak hormati pendirian saya." Nampaknya pertemuan mereka berdua di syarikat Brittany tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan oleh Ivan. Hendak mengeluh pun tiada guna. Sedikit sebanyak dia memahami dengan lebih mendalam akan keperibadian Aisha dari kaca matanya sendiri. Memang tidak silap dia berusaha mengenali Aisha kerana dia nampak banyak kelebihan gadis itu berbanding gadis-gadis lain di luar sana. "Awak..." "Ya, saya." "Boleh saya minta izin untuk gunakan ruang solat di bangunan ni?" Dalam hati, Aisha mengharapkan bahawa ada disediakan ruang solat untuk pekerja-pekerja muslim di syarikat Brittany. Maklum bahawa bangunan tersebut cukup besar dan luas, rugi sekiranya tidak dimanfaatkan dengan menyediakan ruang solat untuk tujuan beribadah. Ivan jadi tak pasti pula. "Hmmm... sekejap ya?" Macam mana dia nak pastikan, kalau dahi tu dah lama tak menyentuh sejadah dalam erti kata ikhlas beribadah. Solat yang lima waktu, sering kali bertebaran entah ke mana. Apa yang dia tahu, setiap hari Jumaat dia dan Eric ditarik mengikuti Ted ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, itu sahaja Aisha hanya memerhati bila Ivan mendekati kedudukan meja Aneesa. Mereka berbicara seketika. Sesekali kelihatan Ivan menganggukkan kepala namun Aisha tidak mendengar langsung butir perbualan di antara mereka berdua. Dia hanya memandang ke lain bila langkah Ivan diatur kembali ke arahnya. "Ruang untuk solat ada di tingkat dua. Telekung pun ada disediakan. Awak nak saya tunjukkan arahnya?" "Awak tak nak solat sekali?" "Maksud awak berjemaah?" "Ya. Bukankah pahalanya lebih berlipat kali ganda jika hendak dibandingkan dengan solat bersendirian?" "Tapi memikul tugas sebagai seorang imam bukan perkara mudah, Cik Aisha. Besar tanggungjawabnya. Saya tak boleh nak sesuka hati mengimamkan awak sedangkan solat sendiri pun belum tentu saya dapat khusyuk apatah lagi hendak berjemaah." Malu memanglah malu, tetapi benda betul takkanlah Ivan nak ambil ringan sahaja. "Kalau macam tu, tak apalah. Lain kali mungkin." Nada ayat 'lain kali mungkin' itu kedengaran semacam sahaja di telinga Ivan. "Sekarang ni, kita solat zohor dahulu. Asing-asing pun tak mengapa, janji kita tunaikan apa yang wajib." Sempat lagi Aisha tersenyum. Dia nampak banyak lompang kekurangan yang cuba disembunyikan oleh Ivan tetapi itu lebih baik dari tersimpan. Mana yang elok, Aisha akan cuba sehabis baik untuk membantu. Sama-sama memperbaiki kelemahan dalam diri dengan saling memberi dan menerima. Selagi Allah SWT memberikan kesempatan buatnya memperbaiki diri, tiada ruginya jika hamba-Nya beriltizam untuk berubah ke arah yang lebih baik. Di samping itu mengajak orang lain untuk sama-sama berubah ke jalan yang diredai-Nya. "Kita ke tingkat dualah kalau begitu..." Ivan sudah melajukan langkah berjalan di bahagian hadapan. Aisha hanya mengekori. Mereka mendaki tangga ke tingkat dua dan Aisha dapat melihat ruangan di tingkat atas nyata berbeza dengan ruangan showroom di tingkat bawah. Di sini terdapat banyak bilik yang digunakan untuk pekerja-pekerja juga bahagian pentadbiran. Kelihatan beberapa orang pekerja Brittany berada di meja masing-masing, melunaskan tanggungjawab seharian. Sempat jugalah mereka memandang ke arah Ivan dan Aisha yang baharu sahaja tiba ke ruangan tersebut. "Kalau awak nak tahu, inilah ruang kerja saya jika saya masuk ofis." Ivan menunjukkan sebuah bilik yang menampilkan nama juga jawatannya di muka pintu. Belum masanya dia mengajak Aisha masuk apatah lagi mereka berdua sahaja sekarang ini. "Oooh... okey." Mereka meneruskan langkah ke sebelah kiri. Terdapat ruang pantry juga ruang solat yang terletak saling berhampiran. Kalaulah Aneesa tidak memaklumkan, pasti Ivan sendiri tidak perasan ruang tersebut adalah tempat untuk warga Brittany mengerjakan solat. Ivan pun hanya sesekali sahaja ke bahagian pantry, jadi dia memang tak ambil pusing sangat akan lokasi tersebut. "Awak solatlah dahulu, take turn..." Tak bolehlah nak main serbu masuk berdua kerana ruang solat itu hanya boleh memuatkan seorang sahaja dalam satu-satu masa dan tak manis pula jika ada pekerja lain yang melihat. "Saya tunggu awak dekat pantry." Aisha hanya mengiyakan sebelum dia melangkah masuk ke ruang solat yang ada. Pintu dikunci dari dalam. Dia bergerak ke tempat mengambil wudhuk dan berwudhuk sebelum menyegerakan memakai telekung. Solat zohor empat rakaat itu ditunaikan dengan rasa lapang di dalam hati. Segelas air masak berjaya dihabiskan saat Aisha menunggu di ruang pantry. Aisha tidak tahu hendak membuat apa bila bersendirian di situ. Dia hanya memerhati dekorasi pantry yang nampak ringkas dan mudah. Sebuah meja bulat disertakan dengan lima buah kerusi mengelilingi. Peti sejuk, singki mencuci dan rak pengering terletak saling berdekatan. Kabinet pula menempatkan barang-barang seperti water purifier, coffee maker, rak pinggan dan cawan malah bekas berisi pelbagai barangan termasuk biskut dan kuih-muih. Mungkin sahaja ada tea lady yang menguruskan bahagian tersebut. "Jom?" Muncul Ivan di situ mengajaknya untuk keluar. "Dah fikir nak kereta jenis yang mana? Sporty, classy, casual, compact, SUV, MPV tapi jangan tanya jenis eco car pula... memang tak ditawarkan dekat Brittany." "Awak." "Hmmm..." Ivan memandang Aisha yang bergerak menuruni tangga di sebelahnya. "Saya tak nak kereta, jauh sekali memandu kereta." "Tapi kenapa?" "Memandu di tengah kesesakan kota raya sangat berbahaya dan, saya mana ada lesen kereta..." "Laaa... ye ke?" "Sebab itu saya rasa pelik, kenapa awak ajak saya ke syarikat awak. Ingatkan awak ada urusan penting, sebab tu kita berjumpa di sini." "Jadi sia-sia sahajalah saya bawa awak ke mari?" Ivan mengeluh. "Eh, tak adalah. Saya tak rasa sia-sia pun. Sekurang-kurangnya saya tahu awak bekerja sambil belajar. Tak mudah nak uruskan dua perkara dalam satu masa. Tapi, mungkin sebab awak antara ketua di sini jadi tiada masalah untuk bahagikan masa awak di universiti mahupun syarikat." "Nak kata susah tu tak adalah susah mana. Selagi saya faham dan cepat tangkap, semuanya boleh berjalan dengan mudah tak kira di universiti atau syarikat. Cuma part yang susah bila papa saya minta idea untuk luaskan pasaran syarikat malah fikirkan cara untuk meningkatkan jualan setiap suku tahun. Masa tu, baharu pecah kepala nak manage sekali gus." "I'm always believe that you will do well in whatever you're doing." "Oh, thanks." Ivan tidak sedar sejak bila dia tersenyum. "So, shall we hit the road now? Saya dah rasa lapar." Comel sahaja riak di wajah Aisha mempotretkan dirinya yang berasa lapar. "Okay, let's go!" Ivan menolak daun pintu dan mempersilakan Aisha untuk keluar terlebih dahulu. "Terima kasih." Aisha yang melangkah keluar terlebih dahulu sudah mengucapkan terima kasih di atas perhatian yang diberikan oleh Ivan. Ivan tersengih. Mereka mendekati kereta yang diparkir berdepanan dengan bangunan syarikat. Dia mmboloskan diri ke dalam kereta. Aisha turut melakukan perkara yang sama dengan duduk di sebelah pemandu. "Kita nak makan di mana?" "Selera Rastaaaaaaaaaaa!" Dalam nada bergurau Ivan menjawab seiring dengan jari telunjuknya sudah diisyaratkan akan lokasi yang hendak dituju. Mindanya sudah merencana untuk makan di Hotel Applegate. "Manalah Selera Rasta buka waktu-waktu begini?" Seketika kedengaran tawa Ivan meletus bila Aisha mengetap bibir. Geram dirinya dipermainkan oleh lelaki itu. Tidak dinafikan Selera Rasta menjadi lokasi favourite pelajar-pelajar Unitadz untuk makan dan hang out bersama rakan-rakan di waktu malam dan hanya beroperasi bermula jam enam petang. Baharu sahaja Ivan hendak membuat pusingan U di persimpangan hadapan, telefon bimbitnya berbunyi. Lantas iPhone yang berada di dalam saku seluar slack ditarik dan diserahkan kepada Aisha. "Saya tak bawa handsfree, tolong swipe dan pegangkan, boleh?" "Err... ah, okey." Aisha menyambut telefon yang dihulur. Tertera nama Lucy di permukaannya. Tanpa menunggu lama Aisha menyentuh permukaan skrin sebelum dilaraskan kepada speaker. "Lucy..." Aisha menyebut sebaris nama tersebut agar Ivan tahu siapa pemanggilnya. Dalam hatinya tertanya-tanya. Siapalah Lucy yang membuat panggilan sekarang ini? "Haaa... Lucy. Awat call?" "Papa Eric masuk hospital, heart attack. Aku on the way ke KPJ." Aisha yang mendengar terus menekup mulut dan beristighfar. Walaupun dia tidak kenal individu yang dimaksudkan, tetapi lelaki itu orang tua Eric. Sedikit sebanyak terpalit rasa bimbang di dalam dirinya bila melihatkan wajah Ivan berubah mendadak. Dari ceria bertukar muram mendengarkan perkhabaran tersebut. "Kalau macam tu, aku datang sekarang. Jumpa dekat sana." Tak sempat hendak bertukar salam, panggilan sudah terlebih dahulu ditamatkan oleh Ted. Aisha merenung skrin telefon bimbit yang bertukar gelap di tangan. Biarlah telefon itu dipegangnya terlebih dahulu. Dia perasan perubahan besar di wajah Ivan dan dia tidak mahu mengganggu tumpuannya memandu sekarang. "Aisha, boleh awak temankan saya ke sana?" "Iyalah, saya temankan. Awak pandu kereta ni elok-elok. Saya rasa dah laju semacam awak drive sekarang..." Walaupun hendak segera tiba ke hospital, keselamatan diri di jalan raya sekarang patut sama-sama dititik beratkan. "Sorry." Ivan tidak melanjutkan kata selepas itu. Tumpuannya tetap di jalan raya walaupun fikirannya sudah melayang teringatkan perihal Eric juga papanya, Datuk Abdullah. IVAN nampak Eric tertunduk sugul di luar bilik pemeriksaan. Aisha yang mengekorinya turut tertanya-tanya akan keadaan papa Eric yang masih lagi menjalani rawatan. "Eric." Ivan datang dekat seraya memeluk Eric yang kelihatan lemah. Saat pelukan dileraikan, Eric nampak ada gadis yang berdiri di sebelah kanan Ivan. "Lucy dah sampai dan dia ke surau. Kau dari mana dengan Aisha?" Baru dia perasan akan kehadiran Aisha sama. "Aku dari main office Brittany tadi. Hajat nak pergi makan. Tapi bila dapat panggilan dari Lucy fasal papa kau terus kami ke mari. Macam mana dengan keadaan papa kau?" "Masih lagi menjalani pemeriksaan di dalam. Driver yang jumpa papa aku di bilik hotel sebab tak turun-turun selepas lunch." Eric sedaya-upaya cuba menyembunyikan rasa sedihnya di depan Ivan. "Dah lama kau sampai?" Ted tiba-tiba menegur. Dia yang baru sahaja kembali dari surau langsung tidak berlengah untuk lama-lama berada di bawah. "Baru je." Ivan menjawab sedang Aisha hanya diam dan tersenyum nipis. Baru dia tahu siapa Lucy yang menelefon sebentar tadi. "Ivan, Aisha... kamu berdua belum makan lagi, kan? Ajak Lucy sekali turun makan." Eric berasa kasihan mengenangkan mereka bertiga terpaksa bergegas ke KPJ menemuinya setelah dimaklumkan tentang keadaan papanya. "Aku okey lagi." Ivan menjawab seraya memandang tepat ke wajah Eric. Tidak tegar membiarkan temannya itu keseorangan. "Aku pun." Ted menjawab walhal dari semenjak di surau perutnya sudah berkeriuk-keriuk minta diisi. "Kau memanglah okey tapi Aisha tu yang aku kasihan. Pergilah turun dahulu. Apa-apa nanti aku call. Papa aku masih dirawat dekat dalam jadi jangan risau. Pergi makan..." Eric menolak tubuh Ivan juga Ted agar segera bergerak ke kafeteria. Tidak elok jika dibiarkan perut kosong semata-mata kerana dirinya. Ivan yang sedar akan situasi Aisha terus sahaja menurut. Bukankah gadis itu benar-benar lapar sebelum mereka keluar dari Brittany? Kasihan pula mengenangkan bila dia dengan perut kosong terpaksa menemankan Ivan menemui Eric di KPJ. "Kalau macam tu, aku bawa Aisha dengan Lucy ke kafe. Sekejap lagi selesai makan kami naik balik. Kalau ada apa-apa jangan lupa untuk beritahu sesegera mungkin. Faham?" "Iyalah. Kau ni kalau mengarah, memang macam mak nenek." "Ingat apa yang Ivan pesan?" Ted menepuk bahu Eric yang cuba untuk tersenyum. "Yalah..." Eric memerhatikan Ivan, Ted dan Aisha yang bergerak ke arah lif di sebelah kanannya. Saat mereka hilang dari pandangan, terbit keluhan keluar dari bibirnya. "Maafkan Aiman, papa..." Dia masih ingat akan kata-kata yang diucapkan kepada papanya petang semalam. Akibat merajuk dengan teguran papanya, dia tidak pulang ke rumah apatah lagi ke hotel. Sebagai tanda protes sengaja dia bermalam di studio seni Unitadz seorang diri. Eric bimbang jika perkataan 'Goodbye' yang dilafazkan semalam menjadi perbualan terakhir di antara papa dan dirinya. Dia jadi betul-betul takut. Air mata yang cuba ditahan dari dilihat teman-temannya sejak tadi kini mengalir juga. Lekas-lekas dikesat dengan belakang tapak tangan. Tidak mahu ada yang melihat. "Aiman takut papa akan tinggalkan Aiman. Sama macam mama..." Matanya kini fokus ke hadapan. Memandang tepat ke arah pintu bilik pemeriksaan. Ivan dah bergerak ke bahagian kaunter. Beberapa jenis lauk-pauk yang tersedia dalam tray diperhati sebelum dia menimbang hendak memilih yang mana. Lewat hari ini mereka menikmati hidangan makanan tengah hari. Aisha sudah lama berlalu mengambil tempat duduk. Itu pun setelah selesai dia memilih makanan yang diinginkan. Ted yang baharu sahaja selesai memilih makanannya turut duduk di meja yang sama. Dia hanya membiarkan kerusi di sebelah kosong agar mudah untuk Ivan duduk setentang dengan Aisha. "Aisha, kalau saya tanya sesuatu boleh?" Melihatkan Ivan belum ke meja, Ted mengambil kesempatan untuk bertanyakan sesuatu kepada Aisha. "Erm... tanyalah." "Awak kenal Hannah?" "Hannah? Maksud awak, Kak Hannah? Ya, saya kenal dia. Satu fakulti." Tanpa berselindung Aisha memaklumkan. "Dia ambil jurusan apa dekat Fakulti Bahasa & Kesusasteraan tu? Maksud saya, major? Bahasa atau Sastera?" "Kalau tanya majoring, Bahasa. So, awak tahulah apa yang minor, kan?" "Err... ya." "Kenapa tanya fasal Kak Hannah? Awak kenal Kak Hannah ke?" Rasa unik pula ada yang bertanya fasal seniornya itu. Aisha sendiri sedia maklum, Hannah susah untuk rapat dengan orang lain. Terutamanya jika berlainan fakulti. Sebab itu dia rasa semacam apabila Ted menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hannah. "Sort of." Sejak bila dah terbiasa dengan 'sort of' ni? Ted pun naik hairan. "Sebenarnya, jarang orang tanya fasal Kak Hannah. Lebih-lebih lagi kalau pelajar dari fakulti lain." "Dia tak campur orang ke?" "Hmmm... susah nak cakap sama ada campur atau tidak. Tak ramai yang kenal dia di luar. Tetapi, bebudak fakulti memang hormat dia sebagai senior. She's one of the excellent students in our faculty. Boleh dikatakan role model pelajar junior." "Oh, okey. Terima kasih untuk infonya. Err... maaflah sebab buat Aisha tergendala hendak makan." Baru Ted perasan, disebabkan hendak mengetahui perihal Hannah, tidak sempat Aisha menjamah makanan di dalam pinggannya apatah lagi dirinya. "Tak apa. Benda kecil sahaja." "Aik, borakkan apa sampai nasi pun tak sentuh lagi?" Ivan yang baharu sahaja tiba di meja, melabuh punggung di depan Aisha. Seketika dia memandang wajah Ted dan Aisha berselang-seli. Apa kenalah mereka berdua ni? "Saja bual-bual kosong fasal fakulti Aisha." Ted menjawab. "Fasal fakulti ke fasal pelajar fakulti? Ayat tu biar jelas sikit." Mulalah Ivan dengan perangai mengusiknya. Arif dirinya akan sikap Ted yang jarang ambil kisah fasal pelajar Unitadz. "Dah, jangan banyak cakap. Baca doa makan, sekejap lagi kita nak naik atas semula. Tak sedap hati pula aku tinggalkan Eric seorang diri dekat atas." "Bismillahirahmanirrahim..." Ivan menadah tangan untuk mengetuai bacaan doa makan. Aisha dan Ted sekadar mengaminkan. Sempat lagi Ivan menoleh ke arah Ted di sebelah sambil tersengih-sengih. Ingin memaklumkan bahawa dia boleh membaca doa makan. Mujur makanan yang disuap ke mulut Ted tidak tersembur melihatkan aksi Ivan waktu itu. Hampir ke petang Ted menemankan Eric di hospital. Selepas sahaja solat asar di surau, Ivan meminta diri untuk pulang terlebih dahulu. Dia ingin menghantar Aisha ke perhentian bas seperti yang diminta oleh gadis itu dan berjanji akan sama-sama menemankan Eric di hospital pada sebelah malamnya. Beberapa orang penting di Hotel Applegate turut datang melihat-lihat keadaan Datuk Abdullah yang kini dikatakan stabil selepas pemeriksaan menyeluruh dilakukan. Lega hati Eric bila mengetahui papanya tidak lagi berada dalam keadaan bahaya dan kini sedang tidur. "Malam nanti aku datang temankan kau. Aku bawakan sekali pakaian dari Suite." "Thanks. Aku tak tahu macam mana nak berterima kasih dengan kau dan Ivan sebab sudi temankan aku dari tadi." "Relakslah, kita kan kawan. Hari ini hari kau, mana tahu esok lusa hari aku pula susah..." Ted dapat melihat Eric senyum segaris mendengarkan kata-katanya tadi. Dia tahu, temannya itu berusaha untuk kelihatan tabah dan kuat. Segala kepayahan yang dilalui kalau boleh hendak disorok dari dilihat oleh orang lain. Begitulah sikap Eric dan Ted sendiri rasa kagum. Mereka bertiga membesar jauh dari rasa kasih seorang ibu. Jadi masing-masing sangat bergantung kepada insan yang digelar ayah semenjak kecil sehinggalah menginjak ke usia dewasa. Eric kehilangan mamanya semenjak dia berusia tujuh tahun akibat kanser perut. Ivan pula kehilangan uminya akibat kemalangan jalan raya saat dia memasuki tingkatan satu manakala Ted langsung tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ibu semenjak dilahirkan. Ini kerana ibunya meninggal dunia selepas mengalami pendarahan teruk saat bersalin. "Aku gerak dulu. Kalau ada apa-apa telefon aku tahu!" "Hati-hati..." "And, one more thing Eric... don't forget to pray. Allah will always listen to your prayer." Di antara mereka bertiga, hanya Eric sahaja yang jarang menunaikan solat walau kerap kali diingatkan oleh Ted. Setakat Ivan bolehlah juga jika kena caranya Ted mengajak. Tetapi Eric agak liat untuk menunaikan Rukun Islam yang ke dua itu. "Hmmm..." Eric tidak terus menjawab. Dia sekadar menggumam sebelum melihat Ted melangkah keluar dari wad peribadi yang menempatkan dirinya juga Datuk Abdullah. HAMPIR pukul sepuluh barulah Ted melangkah keluar dari Suite 1601 dengan beg berisi pakaian juga toiletries buat Eric. Setengah jam tadi Ivan memaklumkan bahawa dia sudah tiba di hospital manakala Ted akan singgah ke Suite terlebih dahulu. Gerakan kakinya kini dibawa menuju ke bahagian lif. Setelah memboloskan diri dalam lif, dia terus sahaja menekan butang L yang mewakili ruang lobby hotel. Pintu lif berdenting sebelum terbuka di tingkat 14. Ini menunjukkan ada pengunjung hotel yang ingin menaiki lif untuk turut serta turun. Ted bergerak sedikit ke sebelah kanan. Seorang gadis melangkah masuk dan Ted cukup terkejut bila mereka berdua kini berkongsi lif yang sama. Hannah merasakan bahawa dirinya menjadi mangsa renungan Ted. Terlupa dirinya seketika bahawa lelaki di sebelahnya itu merupakan anak kepada pemilik universiti di mana dia belajar sekarang. Rasa pelik adalah setiap kali menemui lelaki itu di sini seperti tiada rumah sendiri. "Kau dari mana?" Tidak tahu mengapa, sejak dua menjak ini dia merasakan bahawa dia terlalu ramah berbicara bila bertemu dengan Hannah. Situasi sekarang tidak terkecuali. "Jumpa kawan." "Kawan yang tempoh hari tu ke?" "Ya." "Oh, lupa nak cakap... puisi semalam, simple dan boleh tahan." Ted tidak tahu hendak memuji yang bagaimana. Janji dia dapat menyatakan apa yang dia rasa setelah mendengar gadis itu melantunkan puisi dalam gaya tersendiri. "Saya 'taram' aje asalkan kena dengan tajuk. I'm quite good when dealing with improvisation." Tidak menjadi masalah buat Hannah untuk hadir dengan idea spontan. Janji tahu nak cakap fasal apa, itu sudah memadai. "Sekarang ni kerap betul aku jumpa kau." Rasanya dah banyak kali dia nyatakan perkara yang sama. "Hmmm... saya pun rasa macam tu juga. Tetapi kalau awak rasa tak selesa, saya akan cuba untuk elakkan diri dari kita bertembung di mana-mana." Hannah sendiri rasa tidak selesa bila kerap menemui lelaki itu kebelakangan ini. "Heh! Macam mana kau nak elak? Cuba kau beritahu aku..." Lainlah gadis itu tahu 'tentatif program' dirinya saban waktu, pasti tiada masalah. "Ha'ah ek! Saya tak terfikir pula sampai ke situ." Kenapa dirasakan lif bergerak terlalu perlahan ketika ini? Hannah memandang Ted yang berdiri di sisi sambil menjinjit sebuah beg di tangan kiri. "Awak nak ke mana dengan bawa beg ni? Lari dari rumah?" "Hahaha..." Seketika terhambur ketawa Ted. "Kau ni suka betul buat assumptions yang bukan-bukan. Bawa beg tak semestinya nak lari dari rumah. Sama macam duduk lepak dekat tembok rooftop, bukan bermakna nak bunuh diri." Sempat juga kata-katanya diselitkan dengan ayat berbaur sindiran. "Aku nak bawa pakaian untuk kawan aku, Eric. Papanya masuk hospital akibat serangan jantung..." Belum sempat Hannah ingin membuka mulut bertanyakan keadaan papa temannya itu, lif sudah membawa mereka sehingga ke aras lobby. Mereka melangkah keluar dengan Hannah mendahului di hadapan. Tidak sedar bahawa kehadiran mereka di ruang tersebut menarik perhatian beberapa pasang mata yang juga merupakan pelajar-pelajar Unitadz. "Kau nak balik terus ke?" "Ha'ah." "Nak aku hantarkan?" Sejak bila Tengku Edzfareel bin Tengku Adzlan berani offer seat untuk hantar orang lain balik? Ada hati nak jadi pemandu 'teksi sapu' ke? "Tak apa. Ada kawan yang akan ambil saya nanti." Mendengarkan perkataan 'kawan' kening Ted terangkat sedikit. "Okeylah kalau macam tu. Aku gerak dahulu. Ciao!" Modal kata lelaki itu selalu sahaja berakhir dengan perkataan 'ciao' dan ia sedikit sebanyak membuatkan Hannah merasa jengkel. Tak boleh ke beri salam elok-elok? "Assalamualaikum." Harap-harap salamnya berbalas kerana Hannah pasti Ted mendengar ucapan yang disampaikan. "Wa'alaikumsalam warrahmatullah..." Rendah sahaja Ted membalas sambil melangkah keluar dari pintu utama hotel menuju ke kereta yang dipandu oleh seorang valet attendant Hotel Applegate. Hannah yang menunggu kehadiran Arya sekadar memerhatikan lelaki itu hilang dari pandangan. Seketika dia tersenyum mengingatkan puisi yang dibaca semalam juga kenangan berada di rooftop bersama-sama lelaki itu tempoh hari. Tidak sedar bila otaknya bekerja sehingga Biru Langit Dia kembali terngiang-ngiang di telinga. Awan putih, biru langit, Terang, hangat dan bahang, Kau dan aku, larut dalam irama kicauan. Sedang diri tertanya-tanya, Suara itu milik kau, atau Sekadar desir angin menyapa? Sekali lagi aku merenung, Sekian kali engkau memandang, Arah yang sama, Biru langit milik Dia, Jauh di atas sana. ps: Maaf, dah berkarat dengan puisi. Sudah lama zaman itu ditinggalkan. Untuk chapter 6 akan datang, ada kuiz 'happy-happy' menanti. Tunggu! |
Selongkar10 - Blog <b>Makanan di</b> Malaysia - Blogger Posted: 30 Jan 2014 01:23 AM PST Apakah definasi 'eksotik' bagi diri anda? Kalau dalam istilah supermodel, eksotik memberikan maksud kelainan tidak klise dan lain dari yang lain... Tapi eksotik di dalam makanan apa pula maksudnya..?? haaa...Di sini kami kompilasikan beberapa juadah makanan yang boleh didapati di Malaysia... Pernahkah terfikir untuk mencuba atau merasanya? Tupai Masak Black Pepper Dan Lapan Lagi Makanan Pelik Di Malaysia Tupai...pernah terfikir haiwan comel ini dijadikan juadah untuk makanan..? dimasak black pepper dan diserikan dengan hirisan bawang, lobak merah serta cendawan dan sedikit halia bagi menambahkan wanginya. Euwww... bagi pertama kali dengar mungkin itu responnya.. Tapi bagi orang kebiasaan, tentu ianya dianggap menu special. Yang Pastinya daging tupai sukar dicari di pasaran (tidak dapat bayangkan kalau daging tupai dijual di stall sejukbeku supermarket) dan yang pasti harganya lebih mahal daripada harga daging biasa. Hinava adalah makanan tradisional terkenal kaum kadazan Dusun (kumpulan etnik pribumi Sabah, Malaysia). Hinava merupakan salad dengan kepingan ikan mentah yang diperap dengan jus limau. Jika tidak suka ikan, boleh digantikan dengan udang atau sotong. Ianya dimakan dengan nasi sebagai lauk dan hidangan sayur. Teruskan Pembacaan... 3. Telur Buaya Dari Tuaran, Sabah Telur buaya bersaiz hampir dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam dan dijual RM3 sebiji serta sate daging reptilia itu. Bagi penggemar makanan eksotik berkenaan, telur haiwan ganas itu didakwa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan lelah. bharian.com.my 4. Belut Seri Cincai blogspot.com Kutippp kutippp... buat laukkk 5. Sup Kaki Ayam Sup kaki ayam memang menjadi kebiasaan bagi rakyat malaysia...Tapi bagi masyarakat barat mereka mengganggap kaki ayam adalah sesuatu yang eksotik dan pelik untuk dimakan.. Sama konsep mcm makan durian bagi rakyat Malaysia adalah kebiasaan tapi pelik bagi orang luar. Opsss... Ini Baru namanya BerKaki Ayam.. 6. Landak Masak Rendang Di Sungai Besar, Selangor. Daging landak ni sebenarnya tekstur dia halus macam daging ayam tapi isi dia liat sikit . Rasanya memang sedap dan unik sikit. Daging landak disini boleh di goreng , dimasak lemak dan dimasak rendang . Kalau di buat macam steak aku rasa lebih sedap. blogspot.com 7. Belalang Goreng Beras di Bachok, Kelantan Bagi menambah rasa lemak dan lazat pada belalang, boleh menggunakan santan ketika menggoreng makanan eksotik itu. Ada juga penggemar belalang yang menggunakan serbuk dan daun kari bagi menambah rasa pedas dan mempelbagaikan kaedah masakan mengikut cita rasa masing-masing. Hey Manusia...aku anak jin..aku mau makan darahhh... Belalang...hai la belalang..teringat cerita Nujum Pak Belalang... 8. Kerabu Beronok (Sejenis Makanan Laut) Dari Langkawi, Kedah Ulat mulong tu ulat sagu. Sarawak ialah pengeluar sagu yang terbesar di Malaysia ni dan dalam batang pokok sagu tu, ada la sejenis ulat yang gemuk dan berwarna kekuning-kuningan ni. makanan utama ulat mulong ini adalahh sagu. Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate. Ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu. utusan.com.my P/S : Tok sah citer banyak...Pendek kata...Cuba jangan x cuba.... ;P Selongkar Makanan |
MY STORY - MISSA: <b>Makanan</b> Exotic dan <b>pelik di Sarawak</b> Posted: 15 Jul 2013 09:55 PM PDT Hmmm.. tajuk pun dah ngeri kan? Tak apa.. tak ada apa nak di ngerikan... Pernah tak tengok benda ni? Ini namanya ULAT SAGU atau di Sarawak dipanggil ULAT MULONG. Buat apa? Buat makan la.... Hihihi. Kalau di Semenanjung benda ni orang buat umpan baung je. Rasanya sedap kak oi!! Lemak-lemak. Yg saya pernah makan yg goreng aje. Ada yg makan mentah. Yg tu saya tak berani nak cuba la kan... Memula tu,memang la rasa geli.. tapi dah namanya hati batu kan.. ngap aje la.. Pas tu dah rasa sedapnya...hmmm... mencari lagi lepas tu. Jangan risau pasal status HALAL atau HARAM benda ni. Mufti Negeri Sarawak telah mengesahkan bahawa ulat ini halal di makan. So, sesiapa nak cuba adalah di alu-alukan. Pas tu up-date kat sini ye... Yang ini pula adalah OBOR-OBOR rendam yg telah dimasinkan. Sapa kata obor-obortak boleh makan? Pernah tak sesapa makan salay ikan yg bulat2 tu? Kalau tak caya, cuba cek dia tulis apa? JELLY FISH a.k.a OBOR-OBOR. Memang halal sebab ia adalah spesis ikan atau sotong. Di sini orang jual secara mentah. Yg berendam ni dah dimasinkan. So bila nak makan tu, potong kecik-kecik, perahkan limau, potongkan bawang merah dan cili padi... makan dengan nasi panas... SEDAP!!! Rasanya kenyal-kenyal... Macam makan cencaluk atau budu rasanya. Yang ini orang Sarawak panggil KUPANG.. tapi pada saya bukan kupang kot... Entah kerang jenis apa pun tak tau. Nampak cam lala tapi besar-besar. Nampak cam kijeng, tapi dari air laut. Nak makan, suka kitalah nak buat cam mana kan.. nak rebus boleh, nak buat sambal boleh, nak masak gulai pun boleh... ikut la selera kita..... Ha... yg ini memang ikan... Ikan Mayong Salai.... Murah je .. selonggok RM 10 cuma nak dapatkan dia agak susah juga sebab jadi rebutan. Saya beli ikan salai ni di Pasar Serian, dlm 45 minit dari Bandar Kuching. Makan cam mana? Kalau orang Iban, masak ikan ni cam masak sup. Campur la dengan sayur seperti TERUNG IBAN, UMBUT NIPAH, UMBUT ASAM PAYA.... pelik kan? Tapi benda2 cam ni senang aje nak cari di pasar. Nak buat gulai pun boleh... terserah lah... Yang saya tahu, ikan ni memang sedap. TERUNG IBAN? Hmm... ada la plak kan.. Hehehe. Ada orang panggil TERUNG ASAM sebab rasanya agak masam sikit. Rupa dia cam terung bulat tapi warnanya kuning atau hijau atau kekadang warna coklat. Dalam dia pun cam terung jugak. Masak dengan ikan salai memang terasa la masam dia. Ini la rupa TERUNG IBAN Saya tak tau lah di Semenanjung ada ke tak terung ni. Selama saya memasak ni, memang tak pernah jumpa pun. Mungkin dipanggil dengan nama lain, saya tak pastilah. UMBUT-UMBUTAN. Orang-orang Iban memang suka makan umbut-umbutan ni. Umbut Nipah yang dipanggil UPAK APONG, umbut asam paya yang dipanggil UPAK MARAM. Nak ambil id memang susah sebab ke2-2 tumbuhan ni duk dalam tempat berair. Tapi kalau orang tak suka makan benda pahit, baik tak payah makan la.. sebab umbut ni pahit. Tapi kalau kena dengan gaya masakan, gian jadi nya..cam saya. Gian bila digulaikan dengan sardin ikan bilis... Hahaha. Pahit pun pahit lah.. tapi sedap!!! Ini la rupanya Umbut Nipah (Upak Apong) Ini rupanya Umbut Asam Paya (Upak Maram) yang telah diracik-racik untuk di masak. Kedua-dua umbut ni tak tahan lama, tebang aje kena terus masak. Kalau simpan esok dia kan jadi keras dan berhampas, dah tak boleh makan dah. BUAH ASAM PAYA (MARAM) Kat Sarawak ni buah asam paya ni dijual di pasar. Buat rencah masakan. Makanan yang saya makan di sini dgn asam paya ni adalah dgn pucuk paku tanjung atau di sini org panggil paku ikan. Sedap! (Hahaha.. semua sedap kat tekak aku ni!) Orang Iban panggil buah MARAM. Inilah rupa asam paya yang dijual di pasar-pasar di Sarawak. Harga murah je, selonggok RM2. Nak tau dia dah masak ke belum, yg masak baunya wangi. BUAH EMPULUR Buah ni rupa cam buah sukun. Pokok dia pun cam pokok sukun tapi bukan buah sukun. Ini rupa buahnya. Saya tak pernah jumpa buah ni di Semenanjung. tak tau apa nama dia di Semenanjung. Yang saya tau kalau sukun tak ada biji tapi buah ni banyak biji. Semasa muda, buah ni oarng buat sayur. Masak lemak ke buat gulai ke, sama cam masak nangka muda. Rasa dia pun lebih kurang sama. Biji dia yang dah tua pula, orang makan rebus. Kalau ikutkan saya, rasa biji empulur rebus ni lagi sedap dari biji nangka atau cempedak. Rasa dia lagi lemak dan tak bergetah. Ini biji empulur yg dah siap rebus. RENGGUANG Hmm... ini rupanya rengguang. Saya sedang memegang seekor rengguang. Haiwan ini adalah spesis ketam. Tinggal di dalam kawasan berair masin di paya bakau. Binatang ini akan tinggal di dalam lubang yang dibina di tepi paya bakau. Ada busut yg terbina sebab dia akan mengorek tanah sehingga sampai ke paras air (Tabiat ketam). Bila hujan lebat, air tawar naik maka binatang ini akan keluar dan bersantai di dalam air masin sebab tak tahan dengan air tawar. Masa tu lah org sibuk menangkap dia. Rupa dia di dalam air. Ini rupa penuh rengguang. Rupa rengguang dlam baldi. Rupa dia cam udang atau lebih rupa cam kala jengking cuma ekor dia bengkok ke depan bukan ke belakang. Dia mempunyai sepit besar seperi ketam. Kepala dia sama cam udang galah. Seeokor berat dia dalam 600g ke 800g. Sepit dia biasanya sebelah besar dan sebelah kecik. Yang bayak isi adalah kat sepit dia. Jaga2 ye, kalau tak pandai tangkap, dia bleh sepit kita.. Kat ekor orang suka makan telur dia aje. Rasa dia sama je cam ketam. Status halal? Binatang ini bukan 2 alam dan makanan asas dia rumput dan tanah (sama cam ketam). Ia adalah spesis udang / ketam. Bawah perut dia ada jejari untuk dia berenag di dalam air. Masaklah cam masak udang atau ketam. rasa dia memang sedap. Binatang ni orang tak jual sebab susah nak cari. Musim hujan baru boleh jumpa. Nasib2 la kalau2 ada oarng jual ket tepi jalan. KETAM NIPAH yang ni tak payah cerita pun tak pe. kat Semenanjung ni banyak tapi mahal je la. Ramai org Melayu tak makan, katanya dua alam. Untuk pengetahuan anda, ketam ini adalah ketam yg duduk di air di mana kaki sebelah belakang dia berbentuk kipas untuk berenang dan di bawah badan dia ada insang untuk menyimpan air bagi tahan lama di darat. Bila kering insang tu, maka matilah dia. So, ia adalah halal di makan. Ktam nipah. Nampak tak kaki belakang dia? Ketam yg haram di makan adlah ketam batu yg hampir serupa dengan dia tapi kaki belakang dia sama je cam kaki2 yg lain. Dia boleh duduk di dalam air dan duduk di atas darat. Jadi haram di makan. Ini ketam batu. Walau macam mana pun tiada fatwa yang sahih tentang ketam ni. Ada pendapat mengatakan bahawa semua jenis ketam ini boleh di makan. Saya tak tahulah nak cakap cam mana, tapi masa saya bersekolah agama Johor dulu, inilah yang saya belajar. Beza ketam nipah dan ketam batu yg boleh di makan dan yang tak boleh di makan. So ikut lah kata hati anda. Kalau was-was, jangan lah makan. Kalau yakin halal, maka itu rezeki anda. Ini adalah pengalaman saya makan di Sarawak di dalam keluarga mertua saya berbangsa Iban. Pada saya semuanya menarik. So.. kalau berkunjung ke Sarawak, boleh lah try makanan cam ni ye.. |
You are subscribed to email updates from makanan pelik di sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment