Friday, 8 January 2016

MahalGila Netizen berbeza pendapat tentang caj mahal premis ... - Blog Makanan di Sarawak

MahalGila Netizen berbeza pendapat tentang caj mahal premis <b>...</b> - Blog Makanan di Sarawak


MahalGila Netizen berbeza pendapat tentang caj mahal premis <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2016 12:46 AM PST

Serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak ke atas pengendali medan selera di Kuching kerana menjual milo ais pada harga RM4.20 segelas telah mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.

Dalam serbuan Selasa lalu, KPDNKK Sarawak turut menyerahkan notis tunjuk sebab kepada pengendali medan selera berkenaan.

Melalui hashtag #MahalGila, Astro AWANI mengajak netizen untuk berkongsi pengalaman tentang caj mahal yang pernah mereka hadapi di premis makanan.

Menu dan harga tidak sepadan

Kebanyakan netizen mula menyenaraikan menu yang dipesan dengan harga yang dianggap 'melampau', malah ada yang menyertakan nama premis yang dikunjungi.









'Air kosong pun mahal'

Hashtag tersebut juga menarik perhatian beberapa netizen yang berkongsi harga air kosong yang turut dijual pada harga yang dianggap tidak munasabah.




Kafe 'hipster' jadi tumpuan

Kafe berkonsep hipster yang memberikan perhatian kepada budaya bersantai di premis makan dengan hiasan tersendiri dan hidangan artisan juga mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen berpendapat kafe hipster cenderung untuk mengenakan caj mahal terhadap makanan yang bermutu sederhana.


Pilihan harga di tangan pengguna

Namun begitu, ramai juga netizen yang menganggap caj mahal yang dikenakan oleh premis makanan bukan suatu isu yang perlu diperbesar.

Mereka menekankan bahawa pilihan terletak di tangan pengguna yang perlu memilih premis makanan berdasarkan kemampuan sendiri.




No comments:

Post a Comment