Lagi premis <b>makanan</b> segera dipecah masuk – BorneoPost Online <b>...</b> - Blog Makanan di Sarawak |
Lagi premis <b>makanan</b> segera dipecah masuk – BorneoPost Online <b>...</b> Posted: 18 Dec 2015 08:46 AM PST LIMBANG: Sebuah lagi premis makanan segera di sini dipecah masuk malam kelmarin dan menjadikan ia kes kedua dilapor dalam tempoh seminggu selepas sebuah premis makanan lain turut dipecah masuk 11 Disember lepas. Kejadian terbaharu disedari seorang kakitangan premis berkenaan yang memulakan kerja seawal jam 6.57 pagi kelmarin. Difahamkan mangsa 26, penolong pengurus premis makanan berkenaan terkejut sebaik mendapati restoran dipecah masuk ketika memulakan kerja. Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata hasil pemeriksaan mendapati beberapa barang dilaporkan lesap dan rosak. "Antara barangan hilang adalah Kamera Litar Tertutup (CCTV) bernilai RM2,500. Manakala barang yang dirosak peti besi pembuka kunci bernilai RM3,000, pintu besi belakang restoran bernilai RM1,500, telefon jenis GSM bernilai RM200 dan radio bernilai RM1,000,"katanya disini semalam. Beliau menjelaskan akibat kecurian itu, pemilik premis makanan mengalami kerugian keseluruhan bernilai RM8,200. Mohd Bukhori berkata suspek dipercayai memasuki restoran berkenaan melalui pintu besi di belakang restoran. "Setakat ini usaha untuk mengesan suspek turut dipergiat. Kita sudah mengarah kereta peronda polis (PVR) untuk mengandakan rondaan di pusat bandar,"katanya lagi. Mengulas lanjut mengenai kes berkenaan, katanya CCTV ada di restoran itu sudah diulang tayang. Bagaimanapun katanya CCTV hanya menampakkan muka suspek separuh sahaja kerana suspek menggunakan topi keledar. "Kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (pecah rumah dan curi),"katanya lagi Sebelum ini seorang pemilik premis makanan segera di sini mengalami kerugian sekitar RM30,000 apabila premis makanannya dipecah masuk pencuri 11 Disember lepas. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Sarawak - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment