Tuesday 23 September 2014

600 penjaja dijangka sertai Festival Makanan 1Malaysia ... - Blog Makanan di Sarawak

600 penjaja dijangka sertai Festival <b>Makanan</b> 1Malaysia <b>...</b> - Blog Makanan di Sarawak


600 penjaja dijangka sertai Festival <b>Makanan</b> 1Malaysia <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2014 09:09 AM PDT

SIBU: Festival Makanan 1Malaysia 2014 anjuran Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Sibu (SCCCI), bermula 7 hingga 30 November ini di Dataran Bandar Sibu Fasa II.

Presidennya, Hu Yii Siong berkata, festival itu turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Persatuan Penjaja Bersatu Bahagian Sibu dan Daerah Meradong, Persatuan Penjaja Pasar Sentral Sibu dan Persatuan Pemilik Kedai Kecil Sibu.

"Seramai 600 penjaja dan peniaga kecil seluruh negeri akan berkumpul di sini bersama-sama menyambut Hari Penjaja. Selain itu, ahli persatuan penjaja dan peniaga kecil turut mengadakan mesyuarat mereka pada 18 November di Sibu," jelasnya kepada pemberita, kelmarin.

Pihak penganjur, katanya, menggesa pengusaha gerai makanan dan minuman supaya mempromosi makanan tradisional dan tempatan.

"Selain itu, gerai jualan perniagaan, pesta hiburan, persembahan artis tempatan dan artis undangan dari China turut memeriah festival ini. Pihak penganjur juga menganjur pertandingan nyanyian, pertandingan masakan dan tarian 1Malaysia pada festival kali ini," katanya sambil menambah festival dibuka dari jam 5 petang hingga 11 malam.

Hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Penjaja Daerah Meradong Chiong Siong Nguong, Pengerusi Penjaja Pasar Sentral Sibu Yiing Chung Ming, Pengerusi Persatuan Pemilik Kedai Kecil Sibu Chieng Buong Kiong dan Naib Presiden SCCCI Kaunselor So Teck Kee.

Jawatankuasa penganjur mempelawa pengusaha gerai makanan dan minuman supaya mengambil bahagian dalam festival ini dan mereka berminat boleh menghubungi jawatankuasa penganjur melalui talian 084-317831 atau 084-326959.

Print Friendly

No comments:

Post a Comment