Monday, 5 May 2014

Jururawat diragut ketika singgah beli makanan BorneoPost Online ... - Blog Makanan di Sarawak

Jururawat diragut ketika singgah beli <b>makanan</b> BorneoPost Online <b>...</b> - Blog Makanan di Sarawak


Jururawat diragut ketika singgah beli <b>makanan</b> BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 29 Apr 2014 04:13 PM PDT

KUCHING: Singgah membeli makanan di sebuah kedai makan di Kota Padawan mengundang padah buat seorang jururawat setelah dia diragut ketika baharu keluar dari keretanya, malam kelmarin.

Mangsa berusia 23 tahun itu sebe­lum kejadian dikatakan dalam per­jalanan pulang dari tempat kerjanya dan berhenti di kedai makan tersebut kerana mahu membeli makanan un­tuk keluarganya sekitar jam 10.30 malam.

Bagaimanapun, ketika baharu keluar dari keretanya, dia didatangi seorang lelaki yang kemudian terus meragut beg tangannya.

"Dia (mangsa) cuba menarik beg tangannya semula, namun dia terjatuh dan peluang tersebut digunakan oleh peragut berkenaan terus melarikan diri dari tempat kejadian," kata sumber.

Mangsa yang mengalami kecederaan kemudian mendapatkan ban­tuan di balai polis berhampiran untuk menghubungi keluarganya sebelum dia dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

Antara yang terkandung di dalam beg tangan mangsa ialah telefon bim­bit, wang tunai dan beberapa dokumen peribadi.

Print Friendly
We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

MID <b>Sarawak</b> lulus RM10 juta pinjaman <b>di</b> bawah SPIKS <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2014 09:24 AM PDT

LIMBANG: Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) Sarawak sudah meluluskan RM10 juta pinjaman di bawah Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) kepada 173 pemohon sejak skim berkenaan diperkenalkan untuk membantu peniaga mengembangkan perniagaan 15 tahun lalu.

Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi berkata MID diamanahkan kerajaan negeri untuk membantu para peniaga meluaskan bidang perniagaan dengan menyediakan skim bantuan pinjaman mudah.

Skim berkenaan katanya, menawarkan pinjaman bernilai RM20,000 hingga RM250,000 kepada pemohon yang berminat dengan tempoh pembayaran selama tujuh tahun.

"SPIKS adalah bantuan pinjaman yang ditawarkan kerajaan untuk membantu peniaga mengembangkan perniagaan di peringkat domestik hingga antarabangsa.

"Pada masa sama bantuan pinjaman ini akan menggalakkan peniaga menceburi bidang perniagaan sekali gus melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi," katanya pada penutupan dan penyampaian sijil Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan, Hasilan Pencuci Mulut (Dadih, Jeli Kelapa dan Tau Foo Fa) di Dewan Kemas di sini petang semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota  Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, wakil Residen Limbang Saiful Bahri Alwie dan Penolong Ketua Setiausaha MID Atikah Dolhan.

Julaihi yang juga Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha membantu rakyat meningkatkan taraf hidup dengan menerokai industri makanan.

Katanya bagi mencapai hasrat tersebut, kerajaan menyediakan pelbagai bantuan dan bimbingan melalui agensi kerajaan seperti MARDI dalam menyediakan kursus kepada peniaga di negeri ini.

"Kerajaan sentiasa membantu termasuk menyediakan kursus percuma dalam memindahkan kepakaran teknologi makanan kepada peserta kursus.

"Ini adalah sejajar dengan usaha kita yang bukan saja melahirkan peniaga tetapi membangunkan usahawan yang berilmu bagi membolehkan mereka bersaing dengan berkesan dalam negara dan di peringkat antarabangsa," katanya.

Industri makanan menurut beliau, bidang berpotensi yang mampu melahirkan peserta sebagai pengusaha dan pelabur berjaya selain menjana pendapatan tinggi.

"Kerajaan ingin mewujudkan masyarakat yang terlibat dalam perniagaan dan perindustrian dan pada masa sama melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi melalui sektor pembuatan makanan," ujarnya.

Sementara itu Julaihi berkata bahagian Limbang akan dimasukkan dalam kalendar MID untuk pelaksanaan kursus sama setiap tahun.

Terdahulu seramai 68 peserta membabitkan lima peserta Cina di daerah ini menyertai kursus tersebut yang dijalankan selama dua hari dan berakhir semalam.

Print Friendly

No comments:

Post a Comment