Don't Politicize Education | Radio Free <b>Sarawak</b> - Blog Makanan di Sarawak |
Don't Politicize Education | Radio Free <b>Sarawak</b> Posted: 16 May 2014 05:57 AM PDT Today is Teachers' Day in Malaysia; RFS interviews a teacher about the hot political issue of students in Sarawak who are allegedly being used by an unidentified Muslim group to preach to Christians on Islam. She claims the drive is being backed by the Ministry of Education, which has an agenda to bring in Islamic teachers to Sarawak. Her message is that education is important and it is not right to politicize education. And, are human rights a threat to Islam as the Prime Minister today alleged, causing astonishment to NGOs and opposition leaders? Yins Shao Loong, Research Director of the INSTITUT RAKYAT, says Malaysia might have to leave the UN because of Prime Minister Najib Razak's attack on what he dubs as "human rightism [sic]" and claims is a "new religion". Lastly, RFS received a call from headman Stephen in Sibu. He urges the Dayak minister Tan Sri William Mawan to be sincere in paying close attention on Dayak Issue – he says let actions speak louder than words! Seorang guru yang tidak ingin dirinya dikenali mengulas berkenaan isu murid tadika yang bukan islam diajar berdoa mengikut ajaran islam. Beliau juga mengulas berkenaan guru dr semenanjung yang datang mengajar disarawak turut menyebarkan agama islam. Beliau berkata,biarlah Guru sarawak untuk sarawak, guru semenanjung biarlah untuk semenanjung. Beliau berharap supaya bidang pendidikan tidak dicampur aduk kan di dalam soal agama dan politik Najib menyatakan, Islam kini diuji dengan satu bentuk ancaman dan serangan baru yang agresif iaitu fahaman humanrightisme. Oleh demikian, Pengarah Penyelidikan Institusi Rakyat Yins Shao Loong mendesak Najib membiarkan Malaysia keluar daripada United Nation. TR. Stephen dari sibu mengulas berkenaan kenyataan Tan Sri william Mawan supaya memelihara identiti asal orang dayak. Beliau berkata, orang tua dan juga wakil rakyat jangan hanya pandai bercakap sahaja sebaliknya memikirkan hala tujuan bagaimana untuk memajukan bangsa dayak seiring dengan bangsa lain dari segi pemeliharaan identiti asal contohnya dari segi pembuatan makanan, tarian dan pakaian tradisional. Bangsa dayak juga sudah jauh ketinggalan dari segi memelihara main asal mereka sendiri. Beliau menambah bahawa kerajaan sendiri tidak memberikan sokongan yang menggalakkan terhadap pemeliharaan identiti tradisional orang dayak sekaligus meminggirkan kaum dayak. |
Blog Makanan di <b>Sarawak</b>: <b>Makanan Tradisional</b> - Blog Makanan di <b>...</b> Posted: 15 Mar 2014 11:23 PM PDT Kepelbagaian penduduk seperti yang terdapat di negara kita, telah menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang agak unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India dan setiap kaum di Malaysia ini mempunyai makanan tradisional mereka sendiri. Penyatuan pelbagai hidangan ini telah menjadi salah satu faktor untuk menarik pelancong asing datang ke Malaysia. Pada zaman ini, sektor perindustrian diberikan tumpuan yang sepenuhmya sebagai penjana ekonomi negara. Namun tanpa kita sedari, industri tradisional khususnya industri makanan juga mampu meningkatkan ekonomi negara. Industri ini berpotensi tinggi untuk dimajukan dan dijangka dapat memberi banyak sumbangan dalam ekonomi negara. Jika industri tradisional ini dimajukan, sudah tentu peluang pekerjaan juga akan lebih terbuka dan seterusnya taraf kehidupan penduduk dapat ditingkatkan. Dodol – Hidayah Cookies Dodol adalah sejenis makanan kaum Melayu yang kebiasaannya dihidangkan ketika sambutan Aidilfitri. Namun kini, dodol telah dikomersilkan dan boleh didapati di negara ini pada hari-hari biasa. Walau bagaimanapun bagi sesetengah pihak, dodol dilihat seperti kian terpinggir dan kurang dikenali oleh generasi muda pada zaman sekarang. Cerita kejayaan Hidayah Cookies pernah diterbitkan dalam akhbar tempatan. Pengasasnya, Cik Sarimah Jantan telah mengambil keputusan untuk menceburi bidang perusahan dodol dek disebabkan kegemarannya terhadap dodol itu sendiri. Keistimewaan dodol keluarannya adalah terletak pada cara ia dimasak. Isi dodol yang lemak dan mempunyai kandungan gula seimbang, serta memiliki daya tahan yang tinggi agar tidak mudah dihinggapi kulat. Cik Sarimah membulatkan tekad nya. Beliau mengambil keputusan untuk menyertai kursus dan bengkel anjuran Jabatan Pertanian Serdang pada 2004, khusus untuk mempelajari asas pembuatan dodol yang terbaik. Azamnya hanya satu, untuk berjaya sebagai usahawan makanan tradisional dan membuang persepsi masyarakat, bahawa dodol hanya sesuai dimakan ketika musim perayaan sahaja. Setelah modal yang dikumpul mencukupi, setahun kemudian, beliau telah memulakan perusahaan dodol secara komersil. Halangan yang utama dalam bidang penjualan dodol ini adalah minat orang ramai itu sendiri terhadap makanan ini. Pelbagai strategi pemasaran telah dilakukan, termasuk memasarkan produk ini di pasaran sekolah, kilang danpejabat sekitar Selangor. Selain itu, Hidayah Cookies juga akan menyertai ekspo dan pameran anjuran pelbagai agensi kerajaan di seluruh negara. Segala usaha an penat lelah yang dilaburkan akhirnya terubat. Kejayaan demi kejayaan berjaya dikecapi oleh Hidayah Cookies. Contohnya, pada tahun 2006, dodol keluaran Hidayah Cookies telah dipilih sebagai dodol terbaik pada Hari Penternak, Petani dan Nelayan peringkat Selangor (HPPN). Dodolnya juga turut merangkul anugerah dodol terbaik HPPN Kebangsaan (2007), anugerah dodol kedua terbaik di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 dan 2010. Secara purata, Hidayah Cookies menghasilkan sebanyak lima kawah dodol dalam tempoh satu hari. Setiap kawah pula mampu menghasilkan dodol seberat 15 kilogram. Pada kebiasaannya, permintaan dodol akan meningkat pada musim perayaan. Perancangan masa hadapannya, sudah tentu beliau ingin terus maju dalam bidang perniagaan makanan tradisionalnya dan seterusnya dapat membesarkan kilangnya yang sedia ada. Menjelang musim perayaan sambutan Tahun Baru Cina, sudah tentu pengusaha kuih bakul di Malaysia tidak menang tangan menyiapkan tempahan daripada pelanggan mereka. Begitu lah rezeki yang diperoleh oleh Ngan Chea Khong, 62, dan isterinya Tan Chu Chu, 53, pengusaha kuihbakul tradisional sejak 30 tahun dahulu. Kata Ngan, masyarakat Cina akan menghidangkan kuih bakul sebagai salah satu hidangan utama ketika menyambut tahun baru. Kebiasaannya, beliau akan menggunakan dua dapur kayu api untuk mengukus kuiKuih> bakul itu. Penggunaan dapur kayu api melazatkan lagi rasa kuih bakul itu. Kuih bakul ini akan dikukus selama dua puluh jam dengan api yang sederhana untuk mendapatkan warna kuning keemasan. Bahan utama kuih bakul adalah tepung pulut yang dicampur dengan gula pasir dan diadun mengikut kaedah tradisional yang jarang ditunjukkan kepada sesiapa. Untuk memberi lebih aroma kepada kuih bakul itu, Ngan menggunakan daun pisang untuk membungkus kuih bakul, namun kini kebanyakan pengusaha telah beralih kepada penggunaan plastik untuk membungkus kuih bakul tadi. Terdapat beberapa 'pantang-larang' yang perlu dipatuhi ketika memasakkuih bakul. Antaranya, wanita yang memasak kuih bakul harus bersih daripada haid. Mereka juga dilarang bercakap perkataan kotor bimbangkuih bakul akan menjadi tidak masak. Muruku dan Kacang Putih – Makanan Kegemaran Pelbagai Kaum Kampung Kacang Putih, itu lah nama sebuah kampung di Perak yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan luar dengan perusahaan turun temurun makanan tradisi itu sejak 30 tahun lampau. Kampung ini mempunyai lebih daripada 15 pengusaha komersial murukku dan kekacang yang membekalkan makanan ringan itu ke seluruh negeri. Kampung ini akan mula menjadi tumpuan pengunjung terutama pada musim perayaan bagi membeli makanan kudapan itu. Selain kacang putih, kudapan lain yang dihasil dan dijual di kampung itu ialah pelbagai jenis murukku antaranya bintang, kari, pakoda, omom dan kadalai serta daripada jenis kekacang seperti kacang kari dan kacang peas. Pelbagai jenis kerepek juga ada disini, seperti ubi kayu, pisang dan sayur. Murukku dan kekacang yang dihasilkannya disini mendapat permintaan tinggi, termasuk daripada orang Melayu dan masyarakat lain, kata salah seorang pengusaha, C. Ratnasami, 65. "Kaum India biasaanya beli janggree, pal kuah, bunthee, laddu, alvaa, mysore pal dan clebee manakala produk kekacang yang menjadi permintaan kaum Melayu dan masyarakat lain ialah kacang campuran, kacang putih, omom dan muruku," katanya lagi. Bagi salah seorang pengusaha, R.Ponutturan, 43, beliau kebiasaanya akan menghasilkan 300 kilogram murukku dan kekacang sehari. Pada musim perayaan, pengeluaran akan bertambah bergantung kepada permintaan daripada pelanggan. Produk murukku hasil daripada Kampung Kacang Putih turut diedar kepada pemborong di negeri lain seperti Kedah, Pulau Pinang dan Johor Baharu. Inovasi Mesin Untuk Menggandakan Pengeluaran Setiap kali menjelang musim perayaan, kuih-muih tradisional memang menjadi pilihan walaupun pembuatannya agak sukar. Permintaan terhadapkuih-muih tradisional seperti rempeyek, baulu, kuih ros, karas dan lemang juga semakin meningkat. Pembuatan secara manual biasanya tidak dapat menampung permintaan tersebut. Pihak MARDI di bawah Pusat Mekanisasi dan Automasi telah mereka cipta pelbagai jenis mesin dan peralatan bagi menghasilkan makanan tradisional seperti lemang, emping, kuih karas, rempeyek, kuih ros, tabaloi, baulu cermai, cakar ayam, keropok lekor, sate, batang buruk, biji rotan, karipap, mesin mengekstrak isi durian dan jus buah-buahan. Mesin-mesin ini direka untuk memudahkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) memenuhi permintaan pembeli terutama pada musim perayaan. Terkini, MARDI telah menghasilkan tiga lagi produk untuk membangunkan IKS tempatan iaitu mesin memproses kuih tradisional empat dalam satu yang mampu menghasilkan empat jenis kuih tradisional dengan hanya menggantikan acuan, mesin menggoreng keropok mudah susun dan mesin serba guna bagi mengekstrak sitrus dan mengasing biji benih cili. Pereka ternama tanah air, Zulkifli Haron, 52, daripada syarikat Zull Design Autotronic juga mampu menghasilkan mesin dan peralatan untuk membuatkuih-muih tradisional dan moden. Perkara ini diakui sendiri oleh Puan Zaharani Abu Bakar yang telah bertemu dengan Zulkifli sendiri. Setelah perbincangan dibuat, dan segala kemahuanKuihn Zaharani direkodkan, Zulkifli telah menghasilkan Mesin Memproses Pelbagai Kuih (Mepek). Mepek yang dihasilkan Zull Design itu dijana kuasa angin (pneumatik) yang dihasilkan daripada pemampat elektrik yang dibekalkan bersama mesin tersebut, mampu memudahkan tugas menghasilkan produk kuih muih tradisional dan moden. Mesin yang berupaya memproses kuih seperti semperit, tart nanas dan muruku, memerlukan dua pekerja. Pekerja pertama akan memasukkan adunan kuih dan yang kedua pula akan mengawal mesin tersebut sehingga mendapat bentuk kuih yang dikehendaki. Menurut Puan Zaharani, dengan menggunakan mesin ini, beliau mampu menghasilkan kira-kira 30,000 biji kuih sebulan, sekali gus dapat menjimatkan masa dan tenaga pekerjanya dan mengurangkan harga jualan. Daripada aspek kualiti pula, produk makanan yang dihasilkan juga kurang berminyak, kualitinya terjaga dan rasanya juga lebih enak. Kesimpulan Pada zaman yang serba moden ini, makanan tradisional di Malaysia ada kalanya seperti 'mati' atau pun telah ditinggalkan. Oleh itu, setiap usaha untuk menghidupkan semula perniagaan makanan tradisional yang terdapat di Malaysia haruslah disokong oleh setiap lapisan masyarakat, tidak mengira bangsa dan juga kaum. Kerajaan Malaysia juga nyata turut memberi sokongan yang berterusan terhadap industri penghasilan makanan tradisional dengan mengambil beberapa langkah untuk membantu usahawan dan industri kecil (IKS) dalam perniagaan makanan tradisional. Galakan dalam bentuk dana kewangan dan kursus kemahiran diberikan khusus untuk membantu usahawan ini dalam menjalankan perniagaan mereka. Peranan media massa juga dilihat sangat penting dalam usaha kita mengekalkan industri makanan tradisional ini. Media massa boleh membantu melakukan promosi dan mewar-warkan perihal makanan tradisional ini. Media massa seperti media elektronik amat sesuai dengan pemikiran generasi muda sekarang, dan dilihat sebagai medium yang paling baik untuk mendekati golongan muda. Adalah sesuatu yang menakutkan sekiranya generasi akan datang lupa atau tidak tahu langsung cara penyediaan makanan tradisional golongan terdahulu atau juadah popular zaman nenek moyang kita. Semoga dengan memberi sokongan dan galakan terhadap perniagaan makanan tradisional ini akan dapat menaikkan kembali zaman kegemilangan makanan tradisional ini. Yakin Boleh! USAHAWAN.COM |
You are subscribed to email updates from makanan tradisional di sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment