Beberapa aktiviti jualan, pertandingan diadakan sempena Miri May <b>...</b> - Blog Makanan di Sarawak |
Beberapa aktiviti jualan, pertandingan diadakan sempena Miri May <b>...</b> Posted: 07 May 2014 02:51 PM PDT BINTULU: Beberapa aktiviti jualan dan pertandingan akan diadakan sempena Miri May Fest 2014 pada 26 Mei hingga 31 Mei mulai jam 8 pagi hingga 11 malam di Dewan Suarah Miri. Aktiviti-aktiviti jualan dan pertandingan itu adalah anjuran Emilia Hand Made Craft (Miri). Pengerusi penganjurnya Emilia Mohammad berkata, aktiviti-aktiviti jualan yang akan diadakan adalah gerai-gerai menjual makanan, minuman, pakaian, kraf tangan dan sebagainya. Katanya produk-produk makanan yang dijual adalah makanan kering seperti kerepek, biskut dan kek lapis Sarawak. Selain itu katanya, turut diadakan ialah Pertandingan Karaoke Suara Emas termasuk lagu-lagu Iban dan Melayu era 1960-an, Pertandingan Ratu May Fest Kebaya Berketuk Corak Lama 2014, Pertandingan Poco-poco dan Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-kanak Sekolah Rendah. "Persembahan tarian tradisional dan gendang Melayu lama serta persembahan artis tempatan turut diadakan sempena aktiviti jualan dan pertandingan itu di venue tersebut," katanya di sini semalam. Justeru katanya, usahawan-usahawan yang berminat untuk membuat tempahan gerai untuk menjual makanan, minuman, pakaian serta mereka yang berminat menyertai Pertandingan Poco-poco dan Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-kanak Sekolah Rendah boleh menghubunginya di talian 01115852086. "Manakala untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menyertai Pertandingan Karaoke Suara Emas boleh menghubungi Awang Yassin Awang Besar di talian 019-8155215 dan Pertandingan Ratu May Fest Kebaya Berketuk Corak Lama boleh menghubungi Jeddy (012-8511391)," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from makanan tradisional di sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment