Wednesday 19 March 2014

Restoran makanan laut di Batu Lintang musnah dalam kebakaran ... - Blog Makanan di Sarawak

Restoran <b>makanan</b> laut <b>di</b> Batu Lintang musnah dalam kebakaran <b>...</b> - Blog Makanan di Sarawak


Restoran <b>makanan</b> laut <b>di</b> Batu Lintang musnah dalam kebakaran <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2014 08:30 AM PST

KUCHING: Sebuah restoran makanan laut di Jalan Batu Lintang di sini musnah dalam kebakaran, petang semalam.

Difahamkan, api yang bermula dari bahagian dapur restoran tersebut merebak dengan pantas memusnahkan hampir keseluruhan struktur bangunan tersebut dalam insiden yang berlaku sekitar jam 5. 50 petang.

Jurucakap bomba berkata, seramai 15 anggota dari Balai Bomba Batu Lintang dan Padungan bergegas ke tempat kejadian diketuai oleh Pegawai Bomba Awang Saiful dan Mohd Azlee.

"Jentera sampai di tempat kejadian pada jam 5. 54 petang, di mana api berjaya dikawal pada jam 6. 02 petang dan padam sepenuhnya pada jam 6. 14 petang," kata jurucakap bomba berkenaan.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Print Friendly
We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

MB Terengganu rasa dukacita kejadian keracunan <b>makanan</b> <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2014 01:41 PM PST

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said semalam melahirkan rasa duka-cita dengan kejadian keracunan makanan membabitkan seorang kanak-kanak maut Isnin lepas manakala 106 orang lagi terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan kejadian berpunca daripada mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng dibeli  di pasar malam Padang Syah Bandar pada Jumaat dan pasar malam Padang Hiliran pada Sabtu lepas.

"Ada antara peniaga pasar malam ini kurang menjaga kebersihan sehingga menyebabkan kejadian keracunan makanan.

"Terdapat juga lesen berniaga nama orang lain tetapi yang berniaga orang lain, jadi kita harap Pihak berkuasa Tempatan (PBT) lebih kerap membuat pemantauan me-ngenai perkara ini dan meng-ambil tindakan berasaskan undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat 85 mangsa keracunan yang masih menerima rawatan di HSNZ di sini semalam. Sebanyak 21 lagi telah dibenarkan keluar hospital.

Turut mengiringi Menteri Besar ialah Pengarah JKNT Datuk Dr Anwa Sulaiman dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat nege-ri Muhammad Pehimi Yusof.

Ahmad menasihatkan semua peniaga mengamalkan sikap tanggungjawab dengan memastikan kebersihan makanan dijual mereka dan mengutamakan keselamatan orang ramai.

Sementara itu, Dr Anwa berkata daripada 106 dimasukkan ke haspital Sabtu lepas sehingga pagi ini, 21 daripada mereka sudah dibenarkan keluar manakala 85 masih dirawat dan 35 orang menerima rawatan sebagai pesakit luar.

"Daripada 12 contoh najis pesakit yang diambil didapati sembilan adalah positif mengandungi bakteria salmonella," katanya. — Bernama

Print Friendly

No comments:

Post a Comment