Restoran <b>makanan</b> laut <b>di</b> Batu Lintang musnah dalam kebakaran <b>...</b> - Blog Makanan di Sarawak |
Restoran <b>makanan</b> laut <b>di</b> Batu Lintang musnah dalam kebakaran <b>...</b> Posted: 05 Feb 2014 08:30 AM PST KUCHING: Sebuah restoran makanan laut di Jalan Batu Lintang di sini musnah dalam kebakaran, petang semalam. Difahamkan, api yang bermula dari bahagian dapur restoran tersebut merebak dengan pantas memusnahkan hampir keseluruhan struktur bangunan tersebut dalam insiden yang berlaku sekitar jam 5. 50 petang. Jurucakap bomba berkata, seramai 15 anggota dari Balai Bomba Batu Lintang dan Padungan bergegas ke tempat kejadian diketuai oleh Pegawai Bomba Awang Saiful dan Mohd Azlee. "Jentera sampai di tempat kejadian pada jam 5. 54 petang, di mana api berjaya dikawal pada jam 6. 02 petang dan padam sepenuhnya pada jam 6. 14 petang," kata jurucakap bomba berkenaan. Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. "Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya. We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules. |
14 premis <b>makanan di</b> Tampin dan Gemencheh diarah tutup <b>...</b> Posted: 04 Nov 2013 07:16 AM PST SEREMBAN: Jabatan Ke-sihatan Negeri Sembilan mengarahkan 14 premis makanan di sekitar Tampin dan Gemencheh ditutup sementara kerana didapati kotor. Pengarah Kesihatan Ne-geri Datuk Dr Zailan Adnan berkata perintah penutupan itu mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 berikutan operasi premis makanan bersih peringkat Negeri Sembilan di situ Rabu lepas. "Sebanyak 47 premis makanan diperiksa pada operasi bersepadu itu yang melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah, Majlis Da-erah Tampin serta Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan," katanya di sini, semalam. Beliau berkata setakat Januari hingga Oktober lepas, sebanyak 4,706 premis makanan di negeri ini telah diperiksa dan daripada jumlah itu sebanyak 153 premis berkenaan telah diperintah-kan tutup. Katanya, mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. — Bernama We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment