Friday, 30 October 2015

UMAI | MAKANAN TRADISIONAL SARAWAK | King Umai Sarawak - Blog Makanan di Sarawak

UMAI | <b>MAKANAN TRADISIONAL SARAWAK</b> | King Umai Sarawak - Blog Makanan di Sarawak


UMAI | <b>MAKANAN TRADISIONAL SARAWAK</b> | King Umai Sarawak

Posted: 03 Oct 2013 07:43 AM PDT

Umai merupakan sejenis makanan tradisional yang sangat popular dan digemari oleh masyarakat Sarawak, khususnya masyarakat Melanau. Dalam kata lainnya, umai ini juga dikenali sebagai 'Shushi Sarawak' kerana umai ini dihasilkan dengan menggunakan makanan laut segar seperti ikan, udang, dan obor-obor. 


ANDA TAHU TAK! Andai kata umai ini dihasilkan dengan makanan laut yang tidak segar, secara tidak langsungnya rasa umai yang ingin dihasilkan tersebut tidak sedap, tidak enak, dan berbau.

Bagi penyediaan makanan umai ini, anda juga memerlukan rempah tambahan seperti limau nipis, cili, dan kacang bagi menghasilkan rasa umai sangat enak dan menyelerakan.

Cara penghasilannya pula, makanan laut segar seperti ikan, udang, dan obor-obor ini akan dihiris secara halus-halus yang kemudiannya akan digaulkan dengan rempah tambahan seperti mana yang dijelaskan bagi menghasilkan umai yang sedap dan rasanya yang 'kaw-kaw'.

Untuk pengerahuan anda, umai ini sangat sesuai jika dihidangkan dan disajikan untuk makan tengah hari bersama keluarga dan kawan-kawan. Percaya atau tidak, anda cubalah sendiri. King Umai Sarawak percaya anda pasti akan tergigit jari.

Berita gembira kepada anda yang belum merasakan makanan umai ini, apa kata anda mencuba sendiri rasa dan keenakan umai yang dihasilkan oleh kami di Gerai Makan King Umai Sarawak dan kepada anda yang pernah merasakan makanan umai ini, anda tukarkan selera anda dengan menjadikan Gerai Makan King Umai Sarawak sebagai medan selera baru untuk anda.

No comments:

Post a Comment