SUMAN LEMANTAK ( SAGU) <b>MAKANAN TRADISIONAL</b> NEGERI <b>...</b> - Blog Makanan di Sarawak |
SUMAN LEMANTAK ( SAGU) <b>MAKANAN TRADISIONAL</b> NEGERI <b>...</b> Posted: 02 Nov 2014 08:09 PM PST SUMAN | LEMANTAK (SAGU) Negeri Sarawak merupakan antara negeri yang terkenal dengan makanan tradisional hasil dari kepelbagaian kaum bumiputera Sarawak yang begitu majmuk dan pelbagai.Setiap kaum termasuk kaum melayu mempunyai makanan tradisional nya masing masing. Kali ini saya ingin mengajak anda mengenali sejenis makanan tradisional yang dinamakan PAIS SUMAN LEMANTAK. Masakan ini terdiri dari tepung lemantak atau tepung sagu yang gaul dengan nyiur dan ramuan tambahan.Ramuan tambahan yang saya maksudkan ini adalah perasa yang kita kehendaki seperti udang,isi ikan dan sesetengahnya meletakkan hati pari sebagai ramuan tambahan.Bagi saya, antara yang saya gemari adalah dicapur dengan isi udang.Memang SEDAP ! Suman lemantak ini kebiasaannya di masak dengan membakar di bawah bara api selepas Aduan ramuan diletakkan dalam pucuk daun atau dibuat PAIS dalam bahasa tempatan.Selepas dibakar di atas bara api suman lemantak ini boleh dimakan begitu sahaja. Suman lemantak ini juga ada juga yang dijual oleh masyarakat tempatan di sekitar jalan - jalan utama kawasan Kuching dengan harga yang berpatutan sekitar RM1.50 ke RM2.00 satiap satu. Ianya sangat sesuai untuk dimakan ketika sarapan pagi dan minum petang. Untuk pengetahuan semua juga makanan berasaskan LEMANTAK ini juga merupakan makanan ruji Kaum Melanau di Sarawak. |
You are subscribed to email updates from makanan tradisional di sarawak - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment