KEK JANTUNG PISANG, KEK <b>TRADISI</b> NEGERI <b>SARAWAK</b> - Projek <b>...</b> - Blog Makanan di Sarawak |
KEK JANTUNG PISANG, KEK <b>TRADISI</b> NEGERI <b>SARAWAK</b> - Projek <b>...</b> Posted: 17 Aug 2015 07:27 AM PDT KEK JANTUNG PISANG, KEK TRADISI NEGERI SARAWAK | Negeri Sarawak cukup terkenal dengan kewujudan kepelbagaian etnik suku kaum yang paling banyak di Malaysia. Di tanah kenyalang ini juga mempunyai pelbagai tempat menarik dan makanan-makanan yang sangat sedap dan unik. Pada minggu lepas (10 OGOS 2015), Mat Remos telah berkesempatan mengikuti program Jom Jelajah Koperasi Negeri Sarawak. Ini membuka peluang yang cukup luas buat Mat Remos untuk mengenali adat budaya dan makanan di Negeri Sarawak ini.
Memandangkan ini merupakan kali pertama Mat Remos ke Negeri Sarawak, semuanya menjadi pengalaman yang baru buat Mat Remos bukan sahaja dari segi kekayaan adat dan budaya mereka, malah makanan juga tidak ketinggalan. Bila bercerita mengenai makanan di Negeri Sarawak ini, kita tidak boleh lari dengan kehebatan rasa Mee Kolo, Mee Jawa, Laksa Sarawak, Ikan Terubuk Masin dan Kek Lapis yang cukup sinonim dengan negeri ini. Ketika lawatan kami ke Homestay Kg. Melayu Tebakang, Serian yang mana ianya diuruskan oleh Koperasi Melayu Serian Berhad kami telah diperkenalkan oleh masyarakat setempat dengan kewujudan Kek Jantung Pisang.
Tapi kenapa kek ni di gelar Kek Jantung Pisang? Kalau korang nak tahu kenapa, kena tonton video yang sempat di rakam oleh team Gaya Travel ni.
Jika diteliti dengan baik pada texturenya, ia seakan-akan Kek Lapis Sarawak. Malah rasanya juga seakan Kek Lapis Sarawak, cuma cara memasaknya berbeza iaitu ianya di masak dengan cara digoreng dengan butter. Untuk pengetahuan korang, Kek jantung Pisang ini merupakan makanan tadisi orang-orang lama di Sarawak dan inya cukup popular pada hari dan musim perayaan. ASAL USUL KEK LAPIS SARAWAK | Ada yang berpendapat, Kek Jantung Pisang ini merupakan Kek Lapis Sarawak yang asli. Senang kata, ianya merupakan asal usul kepada Kek Lapis Sarawak.
Jadi, bagi sesiapa ke negeri Sarawak, jangan lupa untuk cari Kek Jantung Pisang ni. *tu pun kalau korang jumpa hehehe. Tapi kalau teringin sangat, korang boleh ke Homestay Kg. Melayu Tebakang, Serian untuk mencari Kek Jantung Pisang ni. Memandangkan cara pembuatannya yang cukup menguji kesabaran, ianya sukar untuk dicari berbanding Kek Lapis Sarawak yang sudah cukup popular di Negeri Sarawak. |
You are subscribed to email updates from makanan tradisional di sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment