Sunday, 30 August 2015

Buat Wanita: 10 Makanan Sedap Sarawak Mesti Cuba Beli & Rasa - Blog Makanan di Sarawak

Buat Wanita: 10 <b>Makanan</b> Sedap <b>Sarawak</b> Mesti Cuba Beli & Rasa - Blog Makanan di Sarawak


Buat Wanita: 10 <b>Makanan</b> Sedap <b>Sarawak</b> Mesti Cuba Beli & Rasa

Posted: 23 Aug 2015 11:38 PM PDT

Salam ...

Siapa kat sini belum pernah cuba makanan Sarawak? Kalau korang belum pernah cuba, jangan lupa cuba tau. Di semenanjung pun dah banyak restoran masakan Sarawak. Kalau ke Sarawak lagilah, haruslah order berkali-kali menu Sarawak ni :)

 Makanan Sarawak memang sedap-sedap belaka kalau kena dengan restorannya :)

Jom tengok 10 makanan yang mesti cuba bila ke Sarawak;

1. Teh C-Peng

Teh c-peng ni memang famous sangat di Sarawak. Setiap kali makan kami order minuman ni aje. Bukan boleh pergi selalu pun Sarawak ni. So, mesti menikmati sepuas-puasnya. Teh c-peng ni sebenarnya teh tiga layer, layer bawah gula melaka, layer tengah, krimer sejat dan layer atas teh pekat. Bila ditambah ais, memang memikat :) 

 Teh C-Peng.

2. Laksa Sarawak.

Pertama kali mencuba laksa Sarawak adalah time kami ke Kuching. Sedapnya la hai. Berkali-kali order. Sampai time mengandung pun mengidam. Sekarang ni dah pandai masak laksa Sarawak sendiri, Klik Sini. Laksa Sarawak ni lain sikit, ianya menggunakan bihun. Kuahnya pula tak ada pun isi ikan macam laksa semenanjung. Kuahnya pekat berempah dan bersantan. Laksa Sarawak dihidangkan bersama teluar dadar yang dihiris, udang yang direbus, isi ayam yang dicarik dan sambal merah belacan. Mesti cuba tau.

 Laksa Sarawak

3. Makanan Laut Yang Segar

Kalau ke Sarawak jangan lupa mencuba pelbagai jenis makanan laut yang unik-unik. Kalau budget lebih bolehlah order makanan laut yang mahal-mahal macam lobster dan pelbagai jenis ketam. Semuanya besar-besar dan fresh belaka. Tapi kami budget ciput aje, so dapatlah merasa udang laut dan pepahat fresh dari Sarawak :)

 Udang Laut Fresh

 Pepahat Segar

4. Mee Kolok

Mee Kolok pun salah satu makanan Sarawak yang sangat popular. Mee yang digunakan rasanya seperti megi. Meenya direbus dan digaul bersama kicap. Mee kolok dihidangkan bersama sup daging, hirisan daging dan sambal. Masukkan semuanya kedalam satu mangkuk, kacau sebati dan makan. Nyum nyum. Ngidam pula rasanya sebab tak jumpa lagi mee kolok yang sedap macam kat Kuching.

 Mee Kolok

5. Nasi Ayam Penyet Sarawak

Memang terbaik toq nasi ayam penyet Sarawak. Seriously tak sama rasanya dengan nasi ayam penyet yang biasa kita makan. Yang biasa jual di Semenanjung tu nasi ayam penyet Indonesia. Nasi ayam penyet Sarawak lebih sedap. Actually rasa lain tu pada sambal yang dihidangkan. Sambal dia rasa unik dan sedap, sampai BW pun tak tahu sambal apa. Nak kata sambal tumis bukan, sambal belacan pun bukan. Korang kena cuba nasi ayam penyet Sarawak tau.

 Nasi ayam penyet Sarawak

6. Kek Lapis Sarawak

Kalau pergi Sarawak tak cuba kek lapis Sarawak memang rugilah. Bukan setakat kena beli dan makan kat sana, kena beli banyak-banyak tapau bawa balik sekali tau. Ada pelbagai jenis, perisa dan warna. Memang cantik-cantik dan sedap belaka. Tapi bagi semua muslimin dan muslimat, carilah pengeluar kek lapis muslim kay. Sebab bahan utama dalam kek lapis adalah butter. Dan kebanyakan pengeluarkan kek lapis Sarawak menggunakan butter yang tidak halal. So, kalau korang ke Sarawak, boleh la cuba Kek Lapis Dayang Salhah, produk muslim yang confirm sedap, harganya pun murah :)

 Kek Lapis Sarawak

7. Midin Goreng

Midin goreng ni famous kat Sarawak. Mesti waiter akan recommend untuk order. Midin tu sebenarnya pucuk paku. Tapi yang best tu pucuk paku yang dihidangkan semuanya pucuk-pucuk aje. Tak macam kita disemanjung, daun sekali kita ambil buat masak. So, memang sedap la midin goreng ni, walaupun pucuk paku tapi bila dimakan ada rasa rangup sedikit.

Midin Goreng

8. Ayam Pansuh

Jangan lupa mencari ayam pansuh kalau ke Sarawak. Biasanya peniaga akan jual ayam pansuh ni untuk makan tengah hari. Time kami ke Kuching, tak sempat merasa. By the time kami datang, ayam pansuh habis dijual. Ayam pansuh ni actually ayam yang dimasak dalam buluh. Rasanya? Tak dapat nak describe sebab tak pernah cuba :p

9. Umai

Umai pula adalah makanan laut segar yang tidak dimasak, hanya diperap dengan limau, bawang, cili dan pelbagai bahan lagi. Antara umai yang famous di Sarawak adalah umai ikan tenggiri, tapi kami tak cuba pun sebab tak jumpa kedai yang jual. Ada juga umai udang dan umai sotong. Kalau umai udang dan sotong tu, rasanya macam kerabu udang dan sotong yang kita beli di kedai thailand tu.

10. Bubur Pedas

Bubur pedas memang makanan yang digemari penduduk Sarawak. Actually BW tak suka sangat bubur pedas ni, rasa macam tak masuk dengan tekak BW. Tapi kalau ke Sarawak, kenalah cuba. Bubur pedas ni walaupun namanya pedas tapi rasanya tak pedas pun. Bubur pedas adalah campuran pelbagai rempah dan bahan seperti kentang, jagung, cendawan dan sayur-sayuran.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

No comments:

Post a Comment