Blog Makanan di <b>Sarawak</b>: <b>Makanan Tradisional</b>: Laksa <b>Sarawak</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Sarawak |
Blog Makanan di <b>Sarawak</b>: <b>Makanan Tradisional</b>: Laksa <b>Sarawak</b> <b>...</b> Posted: 03 Jun 2014 11:50 PM PDT Recipe as usual . Using the recipe . Complete all with hommade pesnya . If interested can try dat. The only advice DJ la kan, please use milk YG ori ye, BKN is viewed in the boxes . Then btl2 iPod . But if there is no choice , doth condemn labuuu ... hehe . Eeh ... DJ kopipes tu go home recipes here .. more fun huh ... hehe . Let's treat ! Sarawak Laksa recipe Sarawak Laksa Paste |
Selera makan bertambah apabila memandang kecantikan gadis <b>...</b> Posted: 02 Nov 2014 05:27 PM PST Nampaknya…. Hujung minggu lepas aktiviti saya memang penuh – bermula pada hari rabu lepas menonton persembahan LAUGH MALAYSIA HARITH ISKANDER dan meredah hujan untuk merakamkan aksi gelagat penyokong pahang – Juara final piala malaysia 2014.Dan semalam saya berkesempatan juga untuk mengunjungi Karnival Lan Berambeh 2014 ,himpunan anak sarawak yang diadakan di perkarangan stadium nasional bukit jalil ( tahun lepas diadakan di PWTC ) Rancangan asal saya adalah untuk mencuba makanan yang ada di karnival ini seberapa banyak yang boleh.Saya sampai awal juga dalam pukul 10 pagi dan hanya beberapa gerai yang baru memulakan perniagaan mereka.Apabila dah masuk waktu tengahari dalam pukul 12.30 …. barulah kelihatan ramai pengunjung yang hadir…. MENU MAKANAN TRADISIONAL NEGERI SARAWAKJom kita lihat apakah menu menarik yang sempat saya cuba…. NASI LALAPAN – Lebih kurang macam hidangan nasi ayam penyet NASI PENGILAN @ NASI SAMIN – merupakan nasi minyak yang biasanya dihidangkan waktu kenduri MEE JAWA + SATAY – Inilah gaya cara makan mee jawa bagi sarawak di mana ianya dimakan bersama sate ( di atas adalah sate kambing ) Dan akhirnya…. dapat juga saya makan dan menikmat menu AYAM KAMPUNG PANSUH ( dimasak dalam buluh + ramuan herba ).Ringkasnya semua menu masakan negeri sarawak adalah "nyaman" ( sedap ) belaka.Cuma saya tak makan sayur midin dan mee kolok sebab perut dah kenyang sangat…. AKTIVITI MENARIK SEPANJANG HARIAcara lelongan barangan gadget seperti iPad , pelbagai jenis telefon pintar dan kamera digital yang bermula dari RM1.Yang menariknya pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran.Bayangkan ada seorang pengunjung yang berjaya mendapatkan samsung galaxy s5 dengan harga RM1300 ( lebih murah dari harga pasaran ) Pertunjukan fesyen koleksi pereka yang terkenal kelahiran negeri sarawak – Sememangnya corak yang menarik dipaparkan sepanjang peragaaan oleh gadis model yang terlibat Acara ANTAP KARAOKE yang diinspirasikan dari rancangan "killing karaoke" yang popular di kebanyakan stesen tv luar negara.Peserta dikehendaki menyanyi dan seorang crew akan meletakkan anak ular sawa di leher peserta.Akak yang sorang nie menyanyi dalam ketakutan namun hadiah gadget impian jadi penguat semangat.Akhirnya dia diumumkan pemenang setelah mendapat sorakan yang kuat dari pengunjung ( menggigil kuat apabila terima hadiah iPad mini ) PENARI KEBUDAYAAN NEGERI SARAWAK – Mereka diterbangkan khas untuk membuat persembahan di Karnival Lan Berambeh ini , ramai yang tidak melepaskan peluang untuk merakamkan aksi menarik dari Sarawak Cultural Village ini. Kesimpulannya…. Aktiviti sebegini memang suatu yang amat dihargai oleh seluruh anak kelahiran sarawak dan saya sebagai penggemar makanan secaranya.Semoga tahun depan akan lebih sukses dengan melibatkan penggiat media sosial dan blogger – selain penglibatan media "mainstream" ( suratkhabar , majalah dan televisyen ) p/s : I miss my gerek….. 298 total views, 7 views today
Archives |
You are subscribed to email updates from makanan tradisional di sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment