Wednesday 11 June 2014

Restoran Zende Perkenal Masakan Tradisional Sarawak ... - Blog Makanan di Sarawak

Restoran Zende Perkenal Masakan <b>Tradisional Sarawak</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Sarawak


Restoran Zende Perkenal Masakan <b>Tradisional Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 31 May 2014 07:24 PM PDT

- Sunday: 2014-06-01 10:24:06'.

Nasi Beras Bario (nasi pulut) dan sayur Midin Belacan dihidangkan di Festival Makanan dan Budaya Sarawak 2014 bermula pada 27 Mei hingga 6 Jun ini.

Nasi Beras Bario (nasi pulut) dan sayur Midin Belacan dihidangkan di Festival Makanan dan Budaya Sarawak 2014 bermula pada 27 Mei hingga 6 Jun ini.

BAGI mereka yang ingin mencuba keunikan masakan sarawak boleh berkunjung ke Festival Makanan dan Budaya Sarawak 2014 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Festival yang diadakan sehingga 6 Jun ini, membolehkan pelancong tempatan dan antarabangsa mencuba masakan Sarawak yang cukup enak ini.

Pengurus Besar hotel, Mohamad Halim Merican berkata Sarawak merupakan destinasi yang menarik untuk diterokai kerana ia kaya dengan sejarah serta budaya masyarakat pelbagai suku kaum.

"Sarawak sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan budaya. Antaranya hutan belantara yang hijau, rumah kepada orang utan, pantai yang cantik serta hidupan laut yang unik," katanya.

Pihak media juga berkesempatan untuk merasai keunikan masakan Sarawak, termasuk Nasi Beras Bario, Manok Pancoh dan Bubur Pedas Sarawak.

Kek lapis Sarawak turut dihidangkan pada Festival Makanan dan Budaya Sarawak 2014.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Kampung Budaya Sarawak, Zaini Zainuddin, yang bercakap bagi pihak chef Sany Kalol dari Sarawak berkata menu yang disediakan terdiri daripada masakan tradisional Sarawak.

kek-lapis

Kek Lapis Sarawak

"Kebanyakan masakan diperbuat daripada ramuan asli dan herba seperti halia.

"Menu yang dihidangkan sepanjang festival ini juga agak jarang ditemui di Kuching," katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kami mencuba masakan tradisi masyarakat Bidayuh, yang dikenali sebagai Daging Tepus Bidayuh.

"Daging ini dimasak dengan halia tua untuk mengekalkan rasanya," katanya.

Satu lagi hidangan yang dicadangkan ialah bubur pedas yang diperbuat daripada beberapa ramuan istimewa.

Sany berkata dia menggunakan bahan-bahan seperti daging lembu, sotong, ayam, sayur-sayuran seperti bawang, serai, cili kering bersama-sama dengan kelapa dan kunyit.

Dengan mencampurkan semua bahan-bahan ini menjadikan bubur pedas mempunyai rasa tersendiri dan merupakan hidangan yang digemari ramai.

Daging Tepus Bidayuh diperbuat daripada daging tanpa lemak, ringkas dan sedap.

Sayur Midin Belacan sesuai dimakan bersama dengan nasi kerana ia agak masin dan sedikit pedas.

Masakan lain yang turut dihidangkan sepanjang festival berkenaan ialah Manok Pansuh, Umai, Kek Lapis Sarawak, Linut, Mee Tomato dan Daging Kisar dan Murtabak Daging.

Semua masakan ini disediakan untuk bufet makan tengah hari dan makan malam, bermula pada harga RM60 dan RM79.

RESTORAN ZENDE, Seri Pacific Hotel, Jalan Putra, Kuala Lumpur. Tel: 03-40494351. Waktu operasi: 6.30 pagi hingga 1 petang, setiap hari.

Blog Makanan di <b>Sarawak</b>: Laksa <b>Sarawak</b> | <b>Makanan Tradisional</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2014 11:35 PM PDT

Makanan Tradisonal Melayu

                            RENDANG

Rendang adalah masakan tradisional bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya dan disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atauketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak

                          KETUPAT

Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya.Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.

                     LONTONG

Lontong ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang.Lontong biasanya dihidangkan dengan sate, rojak atau gulai kambing. Walaupun makanan ini mirip dengan ketupat, lontong lebih sering ditemukan di banyak kedai makan di Indonesia dan Malaysia kerana cara pembuatannya adalah lebih mudah daripada cara membuat ketupat. Sebaliknya, ketupat lebih kerap ditemukan pada Hari Raya Aidilfitri.Lontong berwarna hijau di luarnya, sedangkan berwarna putih di dalam. Lontong banyak ditemukan di pelbagai daerah di Indonesia dan Malaysia sebagai pengganti nasi putih. Walaupun kedua-dua ini diperbuat daripada beras, lontong memiliki bau harum yang istimewa.

                           NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Ia patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan sepanjang hari. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu di hotel-hotel.Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang, sambal dan ayam goreng

Makanan Tradisional India

                     Tosai

 Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.  Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.

                    MURUKKU

Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan. Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti  cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut.

                           IDLI


Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.

                          KARI



Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.

Makanan Tradisional Cina

                    NASI AYAM


Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian karena asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa makanan di Asia Tenggara.

                  YONG TAU FU


Di Malaysia, kawasan Ampang di Kuala Lumpur khususnya terkenal dengan hidangan ini. Pokoknya, hidangan ini dimulakan pada awal 1960-an oleh sebuah restoran bernama "Chew Kuan" di mana tauhu dibubuh pes daging ikan atau khinzir, dan dengan itu hidangan ini bernama "Yong Tau Foo," yang bermaksud "tauhu yang dibubuh." Sejak itu beraneka sayur-sayuran dan masakan goreng juga turut dibubuhi sedemikian, jadi nama Yong Tau Foo pun digunakan untuk memaksudkan mana-mana makanan yang disajikan sedemikian.

                    CHAR KUEW TEOW

Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.Char kway teow mempunyai reputasi sebagai tidak menyihatkan akibat kandungan lemaknya. Akan tetapi, semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien

Perhubungan kaum yang indah di <b>Sarawak</b> - SARAWAKIANA

Posted: 06 Jun 2014 12:18 AM PDT

Keindahan perhubungan masyarakat antara kaum di Sarawak sungguh menarik ironinya. Toleransi menjadi tunjang utama antara kaum di Sarawak selama ini. Di tambah dengan dasar politik Negeri Sarawak yang mengambil pendekatan mengharmonikan perpaduan keseluruhan kaum telah menjadi agenda penting dalam perhubungan yang indah ini.

Apabila setiap perayaan antara kaum di adakan,seluruh kaum di Sarawak akan menyambut dengan semangat perpaduan yang tinggi. Ini terbukti bila amalan kunjung mengunjung tanpa mengira kaum dan agama telah di amalkan sejak sekian lama.

Suasana gawai dayak masih terasa hari ini. Kunjungan ke rumah panjang menjadi pengalaman yang begitu berharga. Di sambut dengan irama muzik tradisional serta tarian ngajat yang begitu mengasyikkan. Langkah pahlawan dalam tarian ngajat sungguh unik sekali.

Para tetamu di beri minuman tuak bagi kaum yang bukan beragama islam dan air manis untuk kaum yang beragama islam. Tetamu akan di jemput mengunjungi bilik ke bilik rumah panjang tersebut sambil menikmati kuih tradisional seperti kuih jala dn kuih chap di samping kuih kek moden.

Bagi umat islam pula akan di hidang dengan juadah makanan yang di tempah dari peniaga makanan islam. Betapa hormatnya kaum iban terhadap agama islam. Mereka lebih mengetahui apa yang halal dan haram pada umat islam.

Melihat penghormatan kaum iban dan dayak kepada umat islam,sedikit sebanyak, menunjuk pekanya kaum iban dan dayak sensitiviti umat islam. Keharmonian dan semangat perpaduan sebegini harus di teruskan selama-lamanya. Oleh itu Perdana Menteri Malaysia menyatakan keharmonian dan perpaduan kaum di Sarawak adalah contoh terbaik di Malaysia.

No comments:

Post a Comment