Saturday, 21 June 2014

Maggi Big Kari tampil bersama Aaron Aziz khusus untuk rakyat ... - Blog Makanan di Sarawak

Maggi Big Kari tampil bersama Aaron Aziz khusus untuk rakyat <b>...</b> - Blog Makanan di Sarawak


Maggi Big Kari tampil bersama Aaron Aziz khusus untuk rakyat <b>...</b>

Posted: 17 May 2014 09:04 AM PDT

KUCHING: Kejayaan pelancaran Maggi Big Kari di Semenanjung Malaysia menjadi ilham mi jenama terkenal itu membuat penampilan istimewa khusus untuk rakyat Sarawak bersama Dutanya, Aaron Aziz di Pusat Beli-Belah Boulevard semalam.

Malah, seratus pengunjung bertuah awal yang membuat pembelian produk mi itu bernilai RM20 ke atas diberi pas khas untuk merakamkan detik kenangan indah bersama Aaron.

"Kita mengadakan jerayawara selama tiga hari dari 16 Mei hingga 18 Mei di Boulevard dan acara kemuncaknya kami menampilkan Duta Maggi Big, Aaron Aziz khas untuk rakyat Sarawak.

"Sambutan perayaan Gawai Dayak yang akan tiba tidak lama lagi turut dimeriahkan dengan memperkenalkan masakan mi mengikut resipi tradisional Dayak iaitu Maggi Big Kari Terung Dayak dan Maggi Big Ayam Pansuh," kata Pengarah Eksekutif Perniagaan Maggi Malaysia Rosalyn Simba pada majlis perasmian di sini, semalam.

Selain itu, katanya, pengunjung boleh menyaksikan persembahan masakan daripada cef khas dalam menyediakan hidangan Maggi Big Kari dan Ayam mengikut resipi istimewa.

"Orang ramai turut berpeluang untuk menyertai aktiviti menarik yang kita anjurkan sepanjang tiga hari jerayawara ini.

"Justeru, kami mempelawa rakyat Sarawak untuk datang beramai-ramai ke Boulevard di sini bagi memeriahkan jerayawara ini," katanya.

Menurutnya lagi, kilang Maggi di Sejingkat, Demak Laut dekat sini pastinya akan dapat memenuhi permintaan terhadap produk baharu, Maggi Big Kari dan Ayam di negeri ini termasuk Sabah.

"Maggi Big Kari dan Ayam kini boleh didapati di seluruh bahagian di negeri ini yang dijual hanya pada harga RM5.90 sebungkus," tambahnya.

Majlis perasmian Maggi Big Kari dan Ayam itu semalam disempurnakan oleh bekas Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng.

Hadir sama Pengurus Jenama Unit Perniagaan Makanan (Malaysia Timur) Nestle, Nuraina Tajuddin dan Penolong Pengurus Pusat Beli-Belah Boulevard Dennis Lee.

Maklumat lanjut mengenai produk itu boleh didapati di laman sesawang www.nestle.com.my/brands/culinary_products atau hubungi NESTLE menerusi talian 1-800-88-3433 (9 pagi-5 petang, Isnin hingga Jumaat).

Print Friendly

No comments:

Post a Comment